CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Bakal Beri Imbuhan Kepada Harimau Malaya

17-6-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2882| Komen: 22

Kerajaan akan mempertimbangkan imbuhan kepada pasukan Harimau Malaya selepas ­berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2023 secara merit dalam tempoh 42 tahun.


Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimana­pun keputusan tersebut bergantung kepada hasil perbincangannya bersama Menteri Belia dan Sukan serta ­Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Foto: Kosmo

“Saya akan berbincang dengan Menteri Belia dan Sukan serta FAM, jadi kita tak tahulah adakah imbuhan akan diberi?

“Kalau ada imbuhan, adakah imbuhan akan diberi terus ­kepada pemain atau FAM?” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan ­Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu semalam.


Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Presiden FAM ada memberitahunya bahawa mereka perlu mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara lebih banyak sebelum Piala Asia bermula.

“Jadi bila kita jadi ‘top 4’ ASEAN ini, jika kita bermain pasukan yang lebih rendah kualitinya, pada Malaysia ia tidak membawa erti kepada pasukan negara.

“Pastinya selepas ini kita akan bermain perlawanan-perlawanan persahabatan yang lebih kuat di luar negara,” ujar Ismail Sabri. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 17-6-2022 01:07 PM
Ade duit ke? Bole hargai mereka tp berpada-pada. Diorg kne usaha dlu kat Piala Asia tu dlu. Imbuhan bole di fikir kemudian.
Quote renko 17-6-2022 01:09 PM
Bodoh betul..balik2 sukan bodoh yang mmg xde hasil ni diagung2kan..
Quote glump 17-6-2022 01:39 PM
Bola sepak nie dia nya spending dia punya sorak baru layak piala Asia..pasukan Hoki tu layak piala dunia sonyap2 je
Quote Artemesiaa 17-6-2022 01:49 PM
Masih terlalu awal untuk itu
Quote matseh 17-6-2022 02:39 PM
Edited by matseh at 17-6-2022 02:51 PM

Bagi aku boleh di pertimbangkan. Lagi pun bukan senang nk layak secara merit.
Kesukaranya tahap tinggi. Kalau layak ke WC qualifiying hari tu maknanya top 12 dlm Asia. Dah layak ke piala Asia kita top 24 in asia. Bukan senang nk capai
Quote Cokoro 17-6-2022 02:42 PM
Boooo. Naik mua lah sek depa tu nnti. Baiki padang tu dulu
Quote supernaturalee 17-6-2022 03:44 PM
dpd nk bg imbuhan tu lbh baik allocate peruntukan utk repair padang tu
dan jgk naik taraf sistem takungan air sekitar padang bila hujan lebat

5 thn lg nk sukan sea plk lg

Quote Skuau 17-6-2022 03:49 PM
Edited by Skuau at 17-6-2022 03:51 PM

pencapaian skuad bola kita(taraf Asia) vs pencapaian skuad hoki kita(taraf dunia).
Quote lemanusopp 17-6-2022 05:34 PM
Okla juga...drpd perabihkan duit utk sukan low class mcm badminton...bowling...squash... equestrian...petanque...
Quote ajinomotonosuga 17-6-2022 10:13 PM
Skuau replied at 17-6-2022 03:49 PM
pencapaian skuad bola kita(taraf Asia) vs pencapaian skuad hoki kita(taraf dunia).

Badminton mesia taraf apa?
Quote dua_chzy 17-6-2022 10:17 PM
lemanusopp replied at 17-6-2022 09:34 AM
Okla juga...drpd perabihkan duit utk sukan low class mcm badminton...bowling...squash... equestrian. ...

Apa yang buat sukan2 tu low class dan bola sepak ni high class? Lain negara lain pandangan. Di America, low class ja sukan bola sepak ni bukan?
Quote hashashes 17-6-2022 10:30 PM
lemanusopp replied at 17-6-2022 05:34 PM
Okla juga...drpd perabihkan duit utk sukan low class mcm badminton...bowling...squash... equestrian. ...

Kau duduk ulu banat mana ni? Confident je cakap equestrian tu sukan low class? Ke aku yang pembaris?
Quote wirazam 17-6-2022 10:31 PM
Mulotkoyak replied at 17-6-2022 01:07 PM
Ade duit ke? Bole hargai mereka tp berpada-pada. Diorg kne usaha dlu kat Piala Asia tu dlu. Imbuhan  ...

Setuju ..biar sampai dpt juara piala Asia..alang alang nak bertandingkan
Quote Skuau 17-6-2022 10:56 PM
ajinomotonosuga replied at 17-6-2022 10:13 PM
Badminton mesia taraf apa?

taraf..perseorangan,perseorangan,perseorangan,bergu,bergu....
Quote glump 17-6-2022 11:06 PM
tadi tu ada pemenang tempat ke2 pertandingan gusti lengan peringkat dunia ada dari Malaysia
Quote airfilterkotor 17-6-2022 11:06 PM
TKD kena cantas peruntukan pun tak mengeluh.... tau tau bawak balik medal.
Dan, sokan-sokan yg tak berapa popular dimata tu la yg banyak bawak balik medal.

So, bape juta imbuhan nak bagi kat sepakbola mesia neh? Kelayakan ni taww.
Quote kitmal 17-6-2022 11:26 PM
tu baru masuk piala Asia lawan bangladesh....
Quote orkid_amani 17-6-2022 11:28 PM
Bola sepak tu buang duit ja..tengok hoki, badminton..renang mana dapat Dana banyak mcm bola sepak
Quote orkid_amani 17-6-2022 11:31 PM
lemanusopp replied at 17-6-2022 05:34 PM
Okla juga...drpd perabihkan duit utk sukan low class mcm badminton...bowling...squash... equestrian. ...

Ehh hello.. badminton pun ok..bukan semua department xok..men single..men double..mix double..women double..yg kita problem skg ni women single..ntah dok peram kisona tu pasai pa .hantaq p la super siries..at least boleh improve dia punya footwork,mental & skill..tu baru betoi buang duit simpan kisona

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039929 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top