CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 4 Tahun Ditikam, Ditanam Di Padang Kerana Ibu Cemburu Rapat Dengan Kekasih Bapa

17-6-2022 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1157| Komen: 6

Seorang ibu muda bertindak di luar kewarasan apabila membunuh anak perempuannya berusia empat tahun kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bekas pasangannya, lapor akhbar Newsweek kelmarin.


Martina Patti, 24, pada mulanya memberitahu polis yang anaknya, Elena Del Pozzo diculik sekumpulan lelaki bertopeng.


Foto: Newsflash

Polis yang meragui keterangan tersebut kemudian melakukan siasatan lanjut sehingga berjaya membuatkan Martina mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri sehingga mati dan menanam mayat mangsa di sebuah padang.

Menurut laporan awal, pegawai penyiasat percaya motif pembunuhan adalah cemburu kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bapanya.


Bekas ibu mentua Martina, Rosaria Testa berkata, wanita itu memberitahu bahawa dalang penculikan itu adalah bapa Elena sendiri, Alessandro Nicodemo Del Pozzo, 24.

Namun, polis meragui penjelasan tersebut, malah sistem televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kehadiran Del Pozzo.

Keesokan paginya, semasa polis menggeledah rumah Martina  di bandar Catania, Sicilydia, dia akhirnya mengaku menikam anak perempuannya hingga mati menggunakan  pisau dapur.

Martina membawa anggota-anggota polis ke padang berdekatan di mana dia telah membungkus mayat budak perempuan  itu di dalam beg plastik sampah dan menanam mangsa di dalam kubur cetek yang digali sendiri.


Foto: Newsflash

Polis menemui beberapa kesan luka akibat tikaman di leher, belakang dan belakang telinga mangsa. 

Mereka menghantar mayat kanak-kanak malang itu untuk proses bedah siasat.

“Saya bukan diri saya sendiri ketika kejadian berlaku,” demikian kenyataan Patti kepada pegawai penyiasat.

Wanita itu kini ditahan atas kesalahan membunuh dan percubaan menyembunyikan mayat.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 17-6-2022 12:32 PM
Kau cemburu tapi kau bunuh anak kecil tu.. asal kau tak serang je bekas laki or gf ex ko tu.. kesian anak tu herm
Quote Artemesiaa 17-6-2022 02:29 PM
Masaalah orang tua usah libatkan anak2 yang tak tahu apa benar kerja sia2.
Quote supernaturalee 17-6-2022 02:34 PM
gmbr dr tepi tu nmpk mcm lady gaga

Quote mejaputih 17-6-2022 02:34 PM
Mom from hell ...
Quote kaoru44 17-6-2022 02:58 PM
Lah..pelik maknya..bagus la kalau kekasih bapa tu lyn ank kau elok2..lgpun bekas suami dh kn..
Quote DayangKirana 17-6-2022 04:14 PM
entah2 anak rapat ngan bakal mak tiri sebab she's more caring and loving dari mak kandung sendiri..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053236 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top