DUNGUN: Dua rakan maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas ketika sedang berbual di tepi jalan dalam kejadian di Kilometer 18.5, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Ketengah Jaya dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang, Kamariduan Mohamed, 41, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Mohd. Rosdi Yaakob, 48, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya akibat kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, Kamariduan yang merupakan seorang peniaga sayur difahamkan sedang menunggu bekalan sayur daripada penduduk sambil berbual dengan Mohd. Rosdi yang merupakan pekerja di sebuah kedai hardware berhampiran. “Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku selepas kenderaan Proton Saga yang dipandu seorang pegawai pematuhan ladang TDM Plantation berusia 24 tahun dari arah Kemaman ke Paka secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar sebuah kedai kotak. “Kedua-kedua mangsa yang berada di sebelah kedai tersebut turut dirempuh kenderaan tersebut sebelum diseret kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Baharudin berkata, pemandu Proton Saga berasal dari Ladang Pinang Mas, Bukit Besi pula mengalami kecederaan ringan. “Kedua-kedua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” ujarnya. Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Artemesiaa replied at 17-6-2022 01:36 PM
Dah lama diberitahu kelajuan membunuh tapi tetap tak ada siapa ambil peduli. Takziah buat keluarga ...
Artemesiaa replied at 17-6-2022 01:36 PM
Dah lama diberitahu kelajuan membunuh tapi tetap tak ada siapa ambil peduli. Takziah buat keluarga ...
ezacbee replied at 17-6-2022 06:31 PM
Kadang2 area perumahan pun nak bawak keta laju2. Dahler keta usang lagi nak bawak laju2. Dibuatnya ...
Artemesiaa replied at 17-6-2022 06:34 PM
Ada benarnya kadang sampai ada yang menjerit dalam group whatapps kejiranan pasal tu. Tak kena ta ...
bakingsoda replied at 17-6-2022 12:20 PM
hilang kawalan ni takde benda lain la kan melainkan laju? ramai spesis masa belum bunuh orang kemban ...
ADVERTISEMENT