Ellie Suriaty meragui kewujudan kekasih Azri Iskandar, Dr Azra. Kata Ellie, dia mencabar wanita tersebut untuk munculkan diri kerana sehingga kini identiti Azra masih belum dikenalpasti dan tiada sebarang maklumat menegenainya menerusi carian Internet.
Tambah pelakon ini dia tak kisah bekas suaminya kahwin lain tapi takut sekiranya ia adalah love scam. "Saya tak kisah Azri mencintai orang lain, cuma saya terseksa melihat dia dengan cerita-cerita yang keluar sebelum ini. Saya mohon kepada Dr Azra supaya munculkan diri.
"Anak-anak dan rakan-rakan saya buat carian di internet dan tidak jumpa sebarang maklumat tentang dia. Siapakah dia yang sebenarnya? "Adakah dia scammer atau peminat? Saya tidak tahu apakah permainan dia. Kalau betul bercinta jangan menyorok," katanya kepada mStar. Sebelum ini Azri kata dia dan Azra berkenalan selepas 12 hari berpisah dengan Ellie. Ellie berharap mana-mana wanita yang mahu berkahwin dengan bekas suaminya itu supaya bersikap jujur. "Selepas berpisah saya sudah maafkan Azri dan tidak pernah simpan dendam. Jika dia mahu berkahwin semula saya ucapkan selamat untuknya. Cuma saya tidak suka orang mahu mempermainkan dia. "Saya tidak boleh benci Azri sebab kami hidup bersama sudah lama." Jadi siapakah Azra? Masih diselubungi misteri. -CARI
|
newyork replied at 17-6-2022 11:52 AM
Apa untung lovescam ni aa.. pelik2 btul zaman skrg.
Awanku replied at 17-6-2022 11:54 AM
Mgkin dapat video pastu jual… tp sape je nak beli kalau stkt biawak komodo ni? nak ugut punn t ...
missHaidiD replied at 17-6-2022 12:01 PM
Aku rasa dia lebih tak nk netizen troll bapak pada ank dia. Nti ank dia pun terpalit sama digelak k ...
ADVERTISEMENT