Betul kata orang, kehilangan anak merupakan perkara yang paling menyakitkan untuk seorang ibu.
Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Pemburu Jenazah telah memuat naik video memaparkan seorang ibu yang seakan-akan tidak boleh menerima pemergian anaknya.
Menurut pengguna Tiktok ini, ketika orang ramai memberitahu bahawa anaknya telah meninggal, wanita tersebut sedang sibuk menyediakan juadah untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran arwah. Anak wanita itu meninggal akibat terlibat dalam kemalangan di Jalan Pudu berdekatan dengan Petronas Ikea.
Ketika jenazah anaknya dibawa ke wanita itu, dia seperti tidak percaya dengan berita kejadian dan merasakan bahawa anaknya masih lagi hidup.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat wanita itu yang memeluk suaminya sambil menjerit. Moga diberikan kekuatan kepada wanita ini dan suaminya. -CARI