Hantaran di media sosial pada Khamis 'meriah' dengan perkongsian warga maya yang memuat naik keputusan cemerlang bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 masing-masing.
Tidak ketinggalan, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias turut berkongsi kegembiraan apabila anaknya memperoleh 9A bagi peperiksaan tersebut. Mohd Kazim berkongsi berita itu di laman Instagram milik beliau sebentar tadi. "Alhamdulillah. Syukur. Tahniah kepada anak kelima. Terima kasih kepada cikgu-cikgu," tulisnya ringkas. Mohd Kazim turut memuat naik slip keputusan SPM 2021 yang memaparkan anaknya memperoleh semua A dalam sembilan subjek diambilnya, dengan empat subjek meraih cemerlang tertinggi (A+) iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.
|
kakikuDibibirmu replied at 16-6-2022 07:52 PM
biri-buri butania, biri-buri butania
ADVERTISEMENT