CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Identiti Diketahui, Monster Jadi Kod Nama Ahmad Zahid Dalam Lejar

16-6-2022 04:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3157| Komen: 23

SHAH ALAM:  Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB), David Tan memberitahu menggunakan pelbagai nama dan singkatan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam buku lejar bagi mengelak diketahui identitinya. 


Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi di sini, saksi pendakwaan ke-17 (SP17) itu mendedahkan kepada Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menggunakan singkatan seperti ‘ZH’, ‘YB’, ‘young boy’  ‘mon’ dan ‘monster’. 

Malah, dalam sesi soal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, SP17 atau nama sebenarnya Tan Siong Sun mendakwa menggunakan kod nama tertentu bagi ahli politik dalam buku lejar pengeluaran wang wang UKSB. 


Foto: Utusan Online


“Saya guna kod nama seperti ‘ZH’, ‘YB’, ‘young boy’ , ‘mon’ dan ‘monster’ terhadap Datuk Seri (Ahmad Zahid). Saya gunakan ‘monster’ sebab (ketika membuat lejar) saya makan snek Mamee Monster. 

“Ya (nama ahli politik dan kakitangan awam yang terdapat dalam lejar). Hanya saya yang tahu (individu yang dimaksudkan berdasarkan kod nama). Saya menggunakan kod nama kerana bimbang segala maklumat (dalam lejar) akan diketahui dan difahami orang lain,” katanya. 

Sebelum ini, SP16, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dilaporkan mendakwa memberikan sumbangan berjumlah antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada UMNO Bahagian Rembau melalui Timbalan Ketua Bahagiannya, Khairy Jamaludin Abu Bakar. 

Sumbangan tersebut diakui bekas pengarahnya itu, bagaimanapun dana tersebut tidak diberikan secara terus kepada Menteri Kesihatan itu sebaliknya diuruskannya sendiri menerusi pelbagai program, bantuan politik dan kebajikan. 

Di peringkat awal sesi soal balas,  Raja Rozela turut meminta David Tan menjelaskan bagaimana beliau menyerahkan wang tunai kepada Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri. 

David Tan memaklumkan, beliau bertemu dengan Ahmad Zahid sebanyak dua kali untuk membawa wang kepadanya, namun, hanya mengetahui jumlah apabila berkunjung ke rumah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu di Sri Satria, Putrajaya. 

“Kali pertama saya datang dengan Wan Quoris, tetapi tidak tahu jumlah wang dalam sampul surat tersebut. 

“Kali kedua saya datang bersama bekas Pengarah UKSB, Harry Lee Vui Khiun dan membawa wang sebanyak RM3 juta dalam sebuah beg bagasi beroda, kemudian meninggalkannya di ruang tamu rumah dan menunggu di luar,” jelasnya. 

Katanya lagi, Ahmad Zahid tidak memulangkan wang tersebut. 

Ahmad Zahid Hamidi berdepan 33 pertuduhan berjumlah SGD$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya melanjutkan kontrak pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai 1,150,000 Dolar Singapura, RM3 juta, 15,500 Euro dan 15,000 Dolar Amerika Syarikat tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasminya. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 16-6-2022 04:26 PM
Saya guna kod nama seperti ‘ZH’, ‘YB’, ‘young boy’ , ‘mon’ dan ‘monster’ terhadap Datuk Seri (Ahmad Zahid). Saya gunakan ‘monster’ sebab (ketika membuat lejar) saya makan snek Mamee Monster.

Bukan sbb menganjing? You sure?


Quote tumpanglalu74 16-6-2022 04:30 PM
zahid252-e1655356016500.jpg
Quote bungarose 16-6-2022 04:33 PM
Lahap duit haram
Quote supernaturalee 16-6-2022 04:38 PM
expose demi expose
hujung2??..............




Quote rosedemon 16-6-2022 05:07 PM
ptot buh nama kodok jowo
Quote honeybee1802 16-6-2022 05:10 PM
Lejar2 ni..mcm nonton drama historical korea ja...pembesar2 jahat tu musti ada sembunyi lejar2 memana...utk cover derang...
Quote becir 16-6-2022 05:14 PM
Dapat kat melayu Babi je dlm lejer tu

Quote Artemesiaa 16-6-2022 06:38 PM
Ala phone contact list kebanyakan orang pun pasti lagi macam2 nama gelaran ada
Quote otai_g 16-6-2022 07:31 PM
Kj terlibat? Checkmate dah kerjaya politik. Duku kita kata indon korup rupanya msia ni lg korup
Quote kakikuDibibirmu 16-6-2022 07:34 PM
Cyber terompah papadaficow tersenyum sinis
Quote kelana36 16-6-2022 08:22 PM
cookies monster jadi money monster

dia punya temberang , bersahaja jer cakap derma masjid lah,derma tahfiz lah..  

pernah jumpa pak arab yang bagi derma kat najib lah....
Quote kelana36 16-6-2022 08:26 PM
otai_g replied at 16-6-2022 03:31 PM
Kj terlibat? Checkmate dah kerjaya politik. Duku kita kata indon korup rupanya msia ni lg korup :lol ...

dulu kat indon, sebelum tukar kerajaan lah,;popular dengan ayat , bisa di atur pak, pokoknya wang..

melayu , cash is king, malu apa boss ku...  


Quote Denco 16-6-2022 08:31 PM
Janji melayu perintah msia...ape ada hal kenyang mkn rasuah dr cina kopet pn
Quote dua_chzy 16-6-2022 08:35 PM
tumpanglalu74 replied at 16-6-2022 08:30 AM

Snek lejen tanahair.
Quote epal_putih 16-6-2022 08:43 PM
Ekekkekeke
Patut letak ponogoro jer
Haaa gitu..
Dahla i suka mamee tuh huh
Quote Firenzza 16-6-2022 08:47 PM
dani-rox replied at 16-6-2022 04:26 PM
Bukan sbb menganjing? You sure?

Iols x blh imagine...time manager tu tgh melahap Bak kut teh.......adakah.....dia akn boh nama khinzir tonyokkk???
Quote Firenzza 16-6-2022 08:50 PM
supernaturalee replied at 16-6-2022 04:38 PM
expose demi expose
hujung2??..............

Lg byk kes terdedah lg teruk pak mael kena tonyoh suh cptkan pru
Quote kakikuDibibirmu 17-6-2022 03:59 AM
Pornorogol tu yang tak menahan tu
Quote kitmal 17-6-2022 07:02 AM
Mana mahu sorok...................seluruh dunia tahu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.171551 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top