CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beranak Tinggal Dalam Stor, Tadah Air Hujan Tapi Tolak Tawaran Rumah Sewa Ebit Lew

16-6-2022 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2557| Komen: 12

Siapa sangka masih ada yang hidup serba kekurangan ketika negara pesat membangun.

Menitik air mata membayangkan kehidupan tanpa kemudahan elektrik dan air.


Begitulah juga yang dirasai personaliti dakwah, Ebit Lew yang menyaksikan sendiri keluarga yang hanya menjadikan stor sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan.


Foto: FB

Air mata Ebit jatuh membasahi pipi melihat kesusahan yang dialami dua beradik yang tinggal bersama bapa mereka di Seri Kembangan, Selangor.

"Menangis pagi ni bila jumpa dua beradik berumur 10 tahun dan 12 tahun yang tak sekolah jaga ayah dua tahun kemalangan, tak boleh berjalan.


"Tinggal di stor tanpa elektrik dan air. Hanya tadah air hujan," tulisnya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Mendengar keluhan keluarga kecil itu terus membuatkan Ebit menahan sebak, lebih-lebih lagi apabila dua beradik itu terpisah dengan ibu mereka sejak kecil.

"Ibunya tak jumpa sejak kecil. Mereka teringin nak cari maknya. Berat ujianmu anak," katanya.


Loading FB Post...

Hanya makan nasi berlaukkan kicap dan telur goreng, itulah juadah tiga beranak itu setiap hari yang sudah cukup membuatkan mereka tersenyum.

Namun jika tidak bernasib baik, mereka terpaksa mengikat perut tanpa sesuap nasi.

"Terharu tengok anak ni hari-hari masak nasi dan goreng telur serta kicap untuk mereka dan ayahnya hari-hari makanan sama.

"Kadang-kadang tak makan sehari kerana tiada duit. Berat ujian mereka tapi sentiasa tersenyum, katanya yang penting dapat jaga ayah. Sayang teramat anak ni pada ayahnya," katanya.

Bersimpati dengan nasib mereka, Ebit menawarkan diri untuk menyewakan rumah buat keluarga itu, namun jawapan yang diberikan tidak dijangka.

"Saya nak sewakan rumah. Anak ni kata tak payah susahkan ustaz.... 'Kami nak berdikari dan kami boleh jaga ayah'.

"Sedih rasa adik berdua ni kuat. Air tadah hujan atau kadang-kadang angkat dari mana-mana," katanya.

Bagaimanapun, Ebit bersama pasukannya tetap memberikan sedikit sumbangan dan membelikan tilam baharu selain barang dapur dan keperluan lain.

Dalam pada itu, beliau juga turut membantu mendaftarkan persekolahan anak-anak tersebut.

"InsyaAllah jika ayahnya dah boleh berdikari sedikit nak boleh mula sekolah untuk belajar," katanya.

Ebit turut tidak menyangka bapa kepada dua anak itu pernah mengenalinya sewaktu belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum ini.

"Saya kenal abang ni masa masih belajar di UPM dulu. Allahuakbar. Katanya 'mula kita kenal, ustaz hadiahkan saya kayu sugi. Sampai sekarang ingat lagi'.

"Tak sangka jumpa pula di sini dalam keadaan begini. Terima kasih ye. Ulang kali ucap terima kasih," katanya.

Luahan Ebit mengenai tiga beranak ini di laman Facebook miliknya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 16-6-2022 04:17 PM
dewa sayu liew bebird memang suka peluk-peluk orang eh... ada je yang nampak tak selesa peluk-peluk ni...bukan kenal rapat sangat pun...
Quote shernazz 16-6-2022 04:22 PM
makadek replied at 16-6-2022 04:12 PM
Beria burung merah ni peluk2 sedih2 meluar

Peluk2 baru feel
Quote tumpanglalu74 16-6-2022 04:24 PM
51339133749_abb35082b6_c.jpg
Quote mizruncing 16-6-2022 04:25 PM
mane ke adun ke ketua kampung korang ni.. nape laa si ebit ni yg jumpa
Quote tukul 16-6-2022 04:27 PM
mizruncing replied at 16-6-2022 04:25 PM
mane ke adun ke ketua kampung korang ni.. nape laa si ebit ni yg jumpa

Tunggulah kisah disebaliknya nanti
Quote gigahertz 16-6-2022 04:43 PM
prince_marhaen replied at 16-6-2022 08:17 AM
dewa sayu liew bebird memang suka peluk-peluk orang eh... ada je yang nampak tak selesa peluk-peluk  ...

i kalau yang perempuan peluk i ok je.
tapi kalau lelaki bermisai berjambang peluk i . i report polis kata di cabul
Quote Skuau 16-6-2022 04:45 PM
tak chek dulu ke identiti depa ni...tapi xpe jugok..duit dia....
Quote rosedemon 16-6-2022 05:08 PM
ada tatu nyah. ni mesti dulu muda2 samseng dah tua2 merana hidupnya. tiberhh terpengaruh drama
Quote me12345 16-6-2022 06:06 PM
Mana pergi Adun...YB tmpt ni..if pendtg asing pun ko bela..ni org tempatan kan..
Quote caprut 16-6-2022 06:23 PM
rosedemon replied at 16-6-2022 05:08 PM
ada tatu nyah. ni mesti dulu muda2 samseng dah tua2 merana hidupnya. tiberhh terpengaruh drama

Iyelatu. Tp bak kata forumer siapa kite utk tahu mcm mana masa depan kita? Haha
Quote krustykrab 16-6-2022 06:29 PM
rosedemon replied at 16-6-2022 05:08 PM
ada tatu nyah. ni mesti dulu muda2 samseng dah tua2 merana hidupnya. tiberhh terpengaruh drama

Pelakon alicia amin ke nama nya tu yg penuh bertatu idak ler jd samseng ..cuma darah muda buat keje2 gila..sok insaf la tu bila jd mcm ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.105615 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top