CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hidup Aku Jahanam Sebab Kau,"-Fizi Ali Mengamuk, Dakwa Shakila Khoriri Semakin Melampau

16-6-2022 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44295| Komen: 184

Enam bulan berpisah dengan cara baik, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap bekas isterinya Shakilla Khoriri di Instagram pada Khamis.


Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin turut berkata, dia sudah hilang sabar dengan tindakan melampau bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu.

Foto: IG

“Sabar itu ada tahapnya. Jangan sampai tahap kesabaran itu hilang.

“Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau,” katanya.



Tidak mendedahkan hal sebenar, Fizi juga memberitahu apa yang berlaku memberi kesan buruk kepada hidupnya.

Dalam hal ini, Fizi berkata dia enggan mendedahkan punca perpisahan mereka pada Disember lalu disebabkan mahu menjaga aib bekas isterinya itu.


“Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau.

“Hidup aku dah jahanam sekarang... aku hilang semua benda. Semua disebabkan kau. Tak sedar lagikah?” ujarnya.



Luahan tersebut dibuat oleh Fizi menerusi beberapa perkongsian di IG Story miliknya.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun.




Disember tahun lalu, Fizi memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir namun tidak pernah menjelaskan punca perpisahan.

Bagaimanapun selepas berpisah kedua-dua mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 16-6-2022 12:30 PM
memang bod gossip skrg content igs org buruk2 kan ex memasing?
Quote dejure 16-6-2022 12:34 PM
Kau tak boleh update kat status wsup kau jantan oiii!! Tak malu ke benda2 mcm ni nk beritahu 1 dunia
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 01:41 PM
Apa kes???
Si janda hari tu bukan main merayu nak balik bersama tapi ex laki dok meroyan maki mcm ni
Quote Prickford 16-6-2022 01:44 PM
Iolls lagi banyak tahu pasal heolls je. Asik2 heolls je yg meroyan. Sheolls buat apa sampai ex meroyan ni??
Quote jiwakacau06 16-6-2022 01:46 PM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 01:41 PM
Apa kes???
Si janda hari tu bukan main merayu nak balik bersama tapi ex laki dok meroyan maki mcm ni ...

rsa sbb xbg jmpa anak....i rasa nk side fizi je...baru dia dia ada up mcm real ja lakonan tu...menjiwai watak tu...masa yg sama ex wife dia post dialogue drama dia...dia sggup mnta cerai dr suami dia demi nk bersama laki dayus mcm u.....
nmpk fizi btl2 hilang sabar kali ni...dkt video latest dia rindu ank pn ada dia gduh dgn killa...dia boleh share mcm2 klau dia nk ..tp dia kesian
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 01:55 PM
jiwakacau06 replied at 16-6-2022 01:46 PM
rsa sbb xbg jmpa anak....i rasa nk side fizi je...baru dia dia ada up mcm real ja lakonan tu...men ...

Si Killa ucap kan dialogue tu dgn niat nak perli fizi ke?
Quote jiwakacau06 16-6-2022 02:04 PM
Edited by jiwakacau06 at 16-6-2022 02:06 PM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 01:55 PM
Si Killa ucap kan dialogue tu dgn niat nak perli fizi ke?


dialogue dlm drama si killa..
Quote kiah_mai_pulak 16-6-2022 02:09 PM
mcm bdk sekolah bergaduhh.. paadahal masing2 dh kertu. tak matang langsung. malu kat anak
Quote Su_annur 16-6-2022 02:11 PM
Kadang tengok si fizi nie dia je lebih2...up status perli ex dia...xmatang si fizi nie
Quote lyshafull 16-6-2022 02:14 PM
Dua2 x matang .. dua2 nk gunakan ank sebb anaknye comel fullstop
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 02:31 PM
Su_annur replied at 16-6-2022 02:11 PM
Kadang tengok si fizi nie dia je lebih2...up status perli ex dia...xmatang si fizi nie

Kan?
Yg berbalas komen kat atas tu pun nampak sngt fizi yg merempan, tak faham apa yg Killa maksudkan
Killa suruh share apa2 yg Killa x tau pasal org ckp Killa jauh kan anak dari Fizi Ali sbb dia tak pernah buat macam tu. Kot ada org luar yg fitnah bukan2, share lah pada dia
Tapi tiba2 Fizi Ali meroyan ckp pulak pasal share segala apa yg Killa dah buat, sbb apa theyols cerai etc
SPM tak lepas ke apa Fizi nih??

Quote Mary_jane 16-6-2022 02:37 PM
Kenapa galak sangat share hal personal kak medsos? Mengundang hencapan jek. Tak kesian ke kat anak? Benda2 macam ni discuss kat whatsapp jela. Kau tu dah lah radio announcer, hari2 keluar kat radio. Jangan nampak bimbo sangat dedua.
Quote Burong_Hantuk 16-6-2022 02:44 PM
pprt betulperangai
Quote mizruncing 16-6-2022 02:47 PM
maybe ada something yg buat fizi ni triggered kot. pmpn biasa laa semua nya btol klu tak takkan sampai dah hilang sabar. maybe dlm diam kila ada cerita buruk ke psl fizi or kata ada org trdekat yg burukkan lg keadaan tu.. mane ada la yg batu api dorang ni kot. just speku
Quote cheezel 16-6-2022 02:55 PM
Elokla tu cerita semua kat public. Best gak ada gosip baru
Quote JunkMail 16-6-2022 02:58 PM
Ok sila spill semuanya tak perlu lagi kami nak berteka teki tekuk
Quote chocobozhere 16-6-2022 02:58 PM
#teamkila....x minat pun kapel ni tp tetap lah aku sebelah kan ex wife sebab lelaki baik tak meroyan mcm tu kat socmed ex wife. Padahal org tu tulis takde buruk kan dia pun kan..
Quote NazRysha 16-6-2022 03:01 PM
PASA APA NI SEBENARNYA?
MAKSUDNYA DEPA BERCERAI SEBAB ADA SILAP BESAR YANG SHAKILA BUAT KE?
ATAU KES APA NII
Quote NazRysha 16-6-2022 03:01 PM
PASA APA NI SEBENARNYA?
MAKSUDNYA DEPA BERCERAI SEBAB ADA SILAP BESAR YANG SHAKILA BUAT KE?
ATAU KES APA NII

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050421 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top