CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Almy Nadia Dah Tak Nak Bagi Duit Belanja, Anak Selalu Kena 'Pau' Dengan Rakan Sekolah KAFA

16-6-2022 03:29 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3512| Komen: 14|Original author: LilRose

Ibu mana tidak sedih atau berang jika anak menjadi mangsa buli di sekolah. Rupa-rupanya, anak sulung pelakon Datin Almy Nadia, Nur Afrina Arianna, 7, sering kena 'pau' dengan rakan sekolah.


Menerusi hantaran video di Instagramnya, difahamkan, anaknya itu terlalu berlembut hati kerana sewenang-wenangnya memberikan wang belanja miliknya kepada rakan sekolah agama.


Kredit foto: IG

Apabila disoal, anaknya itu menjelaskan dia memberi wang belanjanya kerana rakannya orang susah.

Jawapan Afrina itu membuat Almy melenting.


"Kenapa awak nak kena bagi? Dia susah sangat ke? Kalau dia nak, memang awak kena bagi je semua?


https://www.instagram.com/p/CeLDXaEPfek/

"Lepas ni Mama tak payah bagi duit belanja dah, senang. Kalau awak macam tu, tabur je duit dekat orang. Ingat senang ke nak dapat duit?

"Nak duit ni kena kerja tau. Awak ada kerja?" marahnya.

Menerusi video itu, dia sekali berpesan kepada anaknya bahawa mereka perlu membantu orang yang betul-betul susah sahaja.



Melihat ruang komen, ramai yang bersetuju dengan cara Almy mendidik anaknya. Tidak kurang juga berkongsi dilema sama yang dialami anak mereka di sekolah.



Setakat ini, anak-anak anda okey tak tu di sekolah? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 16-6-2022 03:56 PM
almy kan dh bertudung.. apa pos lg pic freehair dia tuhhhh tt
Quote tasha 16-6-2022 07:23 PM
Apa cerita anak angkat sheols yg kononnya dulu syg sgt tu...
Quote MinnieNini 16-6-2022 07:29 PM
Kalau citer dia ni.. takde lain lah.. pasal anak kena pow.. pasal anak hilang kasut.. pasal body shaming…. Apa ke bosan bebeno ni
Quote SayaSayangMama 16-6-2022 11:10 PM
sedihnya.. adakah kehidupan iol mcm almy nadia ni ye?
Quote dua_chzy 16-6-2022 11:32 PM
Dah kenapa berawak2 dengan anak?
Quote abangadek 17-6-2022 01:15 AM
anak i hari2 balik sekolah pensel bertukar2.. pg pensel lain kafa bertukar pensel lain.. pg pensel kontot petang kadang lansung tak ada pensel dlm pensel case dia.. gitulah bebudak ye
Quote SherryZass 17-6-2022 10:37 AM
abangadek replied at 16-6-2022 05:15 PM
anak i hari2 balik sekolah pensel bertukar2.. pg pensel lain kafa bertukar pensel lain.. pg pensel k ...

hihi. iye gitulah bebudak chuolls. sama macam anak aku, kejap pensil warna dia kurang, esok-esok terlebih pulak.
Quote jebatmaspunyer 17-6-2022 12:38 PM
dua_chzy replied at 16-6-2022 11:32 PM
Dah kenapa berawak2 dengan anak?

ok jer berawak dgn anak2... kenapa perkara camtu pun nk hairan. Ada stgh family panggil nama, ada stgh family awak saya. asalkan bukan bahasa y kurang ajar.
Quote ReginaGeorge 17-6-2022 01:25 PM
Besar...............
Quote airmineral 17-6-2022 02:00 PM
dua_chzy replied at 16-6-2022 11:32 PM
Dah kenapa berawak2 dengan anak?

ok je bahasakan "awak" tu

drpd parent yg bahasakan "kau-aku"


Quote ilacantik 17-6-2022 02:02 PM
jebatmaspunyer replied at 17-6-2022 12:38 PM
ok jer berawak dgn anak2... kenapa perkara camtu pun nk hairan. Ada stgh family panggil nama, ada  ...

Me n my mom pun, berbual I, You. Tapi tetaplah me hormat my mother, syurga dunia akhirat. Tapi my anak and me, tetaplah my anak bahasakan diri nama, dan panggil me mama. My mom besarkan me dgn cara begitu, me besarkan anak dgn cara sendiri. Ah giteww. Ada juga parents yg besarkan anak panggil kau, aku. Siapalah kita utk menjudge. Cuma kalau meols jadi almy, akan ku jumpa mak budak yg mintak duit ittew, dan kasi a piece of my mind gittew.
Quote dua_chzy 17-6-2022 04:55 PM
airmineral replied at 17-6-2022 06:00 AM
ok je bahasakan "awak" tu

drpd parent yg bahasakan "kau-aku"

Ntah macam kasar lak selevel aku kau. Tapi tak la geli sangat banding parents ber ai yew sama anak.
Quote dua_chzy 17-6-2022 04:57 PM
jebatmaspunyer replied at 17-6-2022 04:38 AM
ok jer berawak dgn anak2... kenapa perkara camtu pun nk hairan. Ada stgh family panggil nama, ada  ...

Aku tak biasa stail awak2 lah. Ni stail Malaya 100%. Sebab biasanya parents akan guna nama anak untuk bercakap dengan anak. Tu parents sekeliling aku la. To each their own.
Quote bluecrystal 17-6-2022 05:07 PM
budak2 sekarang lain lah level dia..classmate anak aku siap ambik sendiri dompet dalam beg anak aku..tau2 pulang dah kosong..ada RM5 dalam tu..aku mesej mak budak tu tanya elok2..mak dia kata anak dia takkan ambik duit orang sebab hari2 dia ada bagi duit belanja..padahal elok je sebelum tu anak aku bagitau anak orang tu mintak duit dia nak beli pen kat koperasi..aku diam jelah dengarkan je mak dia cakap

belum lagi yg dpt RMT tapi taknak ambik..hari2 share bekal anak aku..sesekali bolehla kongsi..kot kalau hari2..anak aku balik umah kelaparan..masalah budak kecik ni taktau nak cakap tak boleh..panjang plak citanya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.037032 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top