CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Dalang Sindiket Curi Yamaha LC135, Honda Wave

16-6-2022 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1694| Komen: 4

Kegiatan remaja berusia 15 tahun mendalangi sindiket curi motosikal terbongkar selepas polis menahan tujuh lelaki menerusi Op Lejang Kumpulan Haikal yang dijalankan selama lima hari di enam lokasi berasingan di Sungai Buloh bermula 7 Jun.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, kumpulan tersebut menyasarkan motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda Wave untuk dijual kepada warga asing atau meleraikan komponen untuk kegunaan sendiri.


Shafa'aton (tengah) menunjukkan motosikal yang berjaya ditemui di IPD Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki Indonesia berusia 50 tahun pada 20 April, mendakwa motosikal Yamaha LC135 milik rakannya yang diletakkan di depan rumahnya telah hilang.


"Hasil risikan polis menjalankan serbuan dan rampasan di enam lokasi berasingan di sekitar Sri Damansara, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh dan menahan tujuh lelaki tempatan berusia 15 hingga 22 tahun.

"Hasil soal siasat kesemua suspek mengaku terlibat sebanyak 25 kes curi motosikal dan kes pecah dobi. Kumpulan tersebut menjual motosikal kepada pendatang asing dengan harga RM500 hingga RM1,000.

"Modus operandi kumpulan ini ialah mencuri motosikal sebelum melerai dan mengambil komponen untuk kegunaan sendiri sebelum membuang rangka motosikal di semak serta sungai berhampiran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini pada Khamis.

Shafa'aton berkata, polis berjaya menemui kembali lima buah motosikal, tujuh rangka motosikal, empat bongkah enjin dan komponen motosikal yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang.

Katanya, kesemua suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan serta Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 16-6-2022 02:57 PM
Polis ni keje klu ada mood semua boleh settle. Satu selangor ngan KL cari moto dengan penyamun2 semua boleh dpt. Dorang tengok mood. Klu tak gitu jer lah file report polis tu berabuk kan
Quote KamikuP 16-6-2022 04:40 PM
Mak pak budak ni mesti bifoti khuenz?
Quote gigahertz 16-6-2022 04:45 PM
star_karat replied at 16-6-2022 06:57 AM
Polis ni keje klu ada mood semua boleh settle. Satu selangor ngan KL cari moto dengan penyamun2 semu ...

kalau u rajin lalu MEX atau LATAR atau MRR2 u akan nampak moto tinggal tepi jalan
kekadang tayar takde. kekadang motor lengkap kekadang rangka je tinggal.
rangka motor ni nak jual punya la susah.
i nak jual rangka adik i eh silap rangka motor adik i kat besi buruk
besi buruk x nak .
Quote Artemesiaa 16-6-2022 06:34 PM
Muda2 dah buat jenayah semua sebab duit

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.100868 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top