CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tambang Percuma Pengangkutan RapidKL Selama Sebulan

16-6-2022 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3340| Komen: 40|Original author: YgBenar

Berita baik! Semua pengangkutan awam kendalian RapidKL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan, mulai Rabu (16 Jun).

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

Tambang percuma itu merangkumi perkhidmatan MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT), monorel serta bas RapidKL.

Ismail Sabri berkata, perkhidmatan percuma MRT, LRT, BRT serta bas RapidKL itu dibuat sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu pada Rabu.

Foto: mStar

Sehubungan itu, beliau berharap Keluarga Malaysia yang terbabit mengambil kesempatan mencuba perkhidmatan pengangkutan awam itu dan meletakkan kenderaan masing-masing di 'Park N Ride' dan #JomNaikMRT.


MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang Rabu.

Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.

Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga akan memulakan operasi pada masa sama untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Herlina 16-6-2022 11:21 AM
Kalau My50 tu boleh carry forward ok la
Quote che-cikL 16-6-2022 11:23 AM
Masalah sesak yg berlarutan ni pun x settle, yakiiinnya kamu nak tambahkan lagi kesesakan.
Quote dodolgemok 16-6-2022 11:55 AM
Cukur lah ummah klang valley
Quote mejaputih 16-6-2022 12:05 PM
pengguna KTM gak kena byr...dah la service haprakkk
Quote mejaputih 16-6-2022 12:07 PM
parking MRT pun free ke sebulan?
Quote arareez 16-6-2022 12:20 PM
Baru je top up my50 minggu lepas
Quote encikWawad 16-6-2022 12:39 PM
baru renew pass semalammm - enjirrrrrrrrrrrrrr rogi 50 = nasi lemak 10 hari tuuu
Quote Tokeybundle 16-6-2022 01:55 PM
Blh x bg utk malaysian je.yg foreigner kena byr.semak la.mesti penuh warga diorg je nanti
Quote Artemesiaa 16-6-2022 01:59 PM
Baguslah untuk biasakan dengan laluan baru
Quote akuMNdia 16-6-2022 02:00 PM
mejaputih replied at 16-6-2022 12:05 PM
pengguna KTM gak kena byr...dah la service haprakkk

KTM pun dapat gak kan?
baru sat tadi terbaca..kata KTM pun dapat subsidi so org ramai boleh naik komuter free..


Quote mejaputih 16-6-2022 02:36 PM
akuMNdia replied at 16-6-2022 02:00 PM
KTM pun dapat gak kan?
baru sat tadi terbaca..kata KTM pun dapat subsidi so org ramai boleh naik k ...

Ooo...tp tu la naik ktm nnt x dpt sampai ofis on time
Quote cutieslilies 16-6-2022 02:37 PM
bunga..bunga ni...
Quote kemaruk 16-6-2022 02:39 PM
woww bestnyaaaa

nanti nak jalan2 la

lama dah tak naik MRT/LRT
Quote akuMNdia 16-6-2022 02:40 PM
nasib baik tak buat masa cuti sekolah baru2 ni..
kalau tak yg sesak bertambah sesak.
Quote akuMNdia 16-6-2022 02:42 PM
dapat tau utk lrt kena amik token kat kaunter dulu..
soklan aku..cukup ke token tu utk semua yg naik lrt?
Quote Skuau 16-6-2022 02:43 PM
awat aku naik pg td 'kena bayar'...jugok.
Quote tripleid 16-6-2022 02:48 PM
Babiinyaa..baru je renew pass
Quote hyie 16-6-2022 03:13 PM
rapidpenang tak nak buat jugak ke?
Quote rashiman 16-6-2022 03:23 PM
akuMNdia replied at 16-6-2022 02:42 PM
dapat tau utk lrt kena amik token kat kaunter dulu..
soklan aku..cukup ke token tu utk semua yg naik ...

guna ic boleh rasanya.......x ada duit dlm tu pun tak apa....sebab tambang rm0.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038947 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top