Sejak kebelakangan ini, nama Daiyan Trisha bukan sahaja popular dengan drama-drama lakonan bahkan juga menerusi pelbagai cerita kurang enak berkaitan penampilannya yang dikatakan semakin mencolok mata.
Namun, seteruk mana pun kecaman netizen terhadapnya, dia kekal utuh dan terus mekar mewangikan perjalanan kariernya. Baru-baru ini, Daiyan mencuri perhatian menerusi satu ciapan dalam Twitter mengenai mentaliti masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum berdasarkan penampilan seseorang. “Peraturan: Jangan sesekali meninggalkan komen terhadap penampilan seseorang yang tak boleh diubah dalam tempoh 10 saat. Itu kurang ajar,” ciapnya.
Agak pedas tetapi itulah realiti yang dilalui oleh ramai orang, termasuk golongan selebriti ketika ini. |
ADVERTISEMENT