CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Watak Kartun Dunia Fiksi Je Pun' - Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam ‘Lightyear’

16-6-2022 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5978| Komen: 65

Baru-baru ini, filem ‘Lightyear’ dari Disney menjadi topik perbualan netizen kerana tanyangannya tidak dibenarkan di 14 buah negara Asia dan Timur Tengah.

Seorang penerbit filem ‘Lightyear’ berkata, pihak The Walt Disney Co tidak mendapat kebenaran menayangkan filem tersebut di beberapa negara kerana gagal menyunting babak dua watak pasangan kartun yang dikatakan sama jantina sedang bercumbu.


Foto: IG Harith 

Pihak Disney mengatakan bahawa mereka tidak akan memotong babak tersebut kerana berpendapat ianya dapat mewakilkan golongan LGBT.


Ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju filem tersebut diharamkan tayangannya kerana menyatakan ianya hanyalah kartun dan tidak melambangkan situasi sebenar. 

Komedian dan pelakon Harith Iskander meluahkan perasaannya di Instagram mendakwa, watak kartun tersebut hanyalah watak mainan dan ianya cuma filem fiksyen di dunia yang tidak nyata.



Sebelum ini, pihak The Walt Disney Co pernah alami kontroversi sama kerana memaparkan babak atau watak-watak yang dikatakan daripada golongan LGBT. 

Filem ‘Lightyear’ bukanlah satu-satu filem hasil mereka yang tidak ditayangkan di Malaysia.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 16-6-2022 01:37 PM
alahai.... apalah yg diharapkan sgt pd mamat liberal yg juga penyokong LGBT ni?
Quote arffa 16-6-2022 02:12 PM
so nanti dia ok la ye kalau anak dia involved LGBTQ?
Quote duquesne 16-6-2022 02:36 PM
Adehh... aku pun tak paham kenapa Disney ni makin lama makin terang-terangan ada unsur LGBTQ dalam segala program dia. Tak kira la kartun ke pelakon manusia ke, nama pun Disney. Aku dari kecik kot tengok program Disney ni, bersih je. Sekarang ni, anak aku pun dah kureng tengok Disney ni.
Quote salimrock 16-6-2022 02:41 PM
apa punya botak,

bg aku scene cium2 laki pompuan pn tak elok dlm scene kartun khasnya utk kanak2

ni lagi la scene pompuan cium pompuan....

aku tak kisah la kalo citer james bond nak romen2, budak2 pn tak tgk..

bagus juga la negara2 cm malaysia china uae dsbnya pakat haramkan terus citer ni, lenkali buat cerita baik2 la sikit moralnya...
Quote Nt-ViruS 16-6-2022 02:41 PM
Edited by Nt-ViruS at 16-6-2022 02:43 PM

Dia nak lagu gini. budak2 kecik dah layan drag queen. baru maju katanya. progressive katanya.

Quote liton 16-6-2022 02:48 PM
Kalau ko bawak anak pergi singapore pun ttp tak dpt tgk sbb bawah 16 tahun.
Quote pembacagosip 16-6-2022 03:00 PM
apa nak kata ko liberal kan semua boleh. disney skrg dah x syok mcm dulu2. alahai knpe perlu ke babak tu disney oiii
Quote pembacagosip 16-6-2022 03:01 PM
apa nak kata ko liberal kan semua boleh. disney skrg dah x syok mcm dulu2. alahai knpe perlu ke babak tu disney oiii
Quote prince_marhaen 16-6-2022 03:13 PM
kan aku dah cakap haritu, kalau pasal LIBERAL, LGBTQ, RACISM, si botak gundu ni terus je nak melenting konon-konon wakil orang melayu malaysia yang open minded, padahal kalau isu-isu ISLAM, MELAYU, ADAB DAN NORMA MALAYSIA, orang kutuk, orang sindir, orang hina....diam tak berkutik si bodoh ni... butooooo
Quote DianaSaksen 16-6-2022 03:15 PM
Kalau aku beli kek
Aku tak beli yg jenis rainbow
Nanti org kata aku LGBT
Quote Tembikaigoreng 16-6-2022 03:27 PM
duquesne replied at 16-6-2022 02:36 PM
Adehh... aku pun tak paham kenapa Disney ni makin lama makin terang-terangan ada unsur LGBTQ dalam s ...

Nak menormalisasi kot....nnt bebudak tgk...ooo tak pe jadi gay/lesbi sbb benda biasa...
Quote Tembikaigoreng 16-6-2022 03:29 PM
DianaSaksen replied at 16-6-2022 03:15 PM
Kalau aku beli kek
Aku tak beli yg jenis rainbow
Nanti org kata aku LGBT

Setan betul icon rainbow nie dah jadi tanda sokongan LGBTQFCUK, aku sampai terpaksa buang casing phone rainbow aku sbb tak suka org pandang², macam aku proud kat komuniti tu pulak LOL
Quote Adrif 16-6-2022 03:33 PM
prince_marhaen replied at 16-6-2022 03:13 PM
kan aku dah cakap haritu, kalau pasal LIBERAL, LGBTQ, RACISM, si botak gundu ni terus je nak melenti ...

kan.. kadang2 tengok dia ni macam menumpang populariti, bersandar pada isu viral je untuk naikkan nama dia

padahal orang dah menyampah
Quote prince_marhaen 16-6-2022 03:40 PM
Adrif replied at 16-6-2022 03:33 PM
kan.. kadang2 tengok dia ni macam menumpang populariti, bersandar pada isu viral je untuk naikkan  ...

sebab 'bakat' dia terhad buat lawak bodo memperkecilkan budaya, pihak berkuasa, dan gaya hidup orang Malaysia jek.... benda lain dia ulas tak relevan..terpaksa cari any viral issue nak ulas..kekonon woke person lah... yihhh!
Quote duquesne 16-6-2022 04:00 PM
Tembikaigoreng replied at 16-6-2022 03:27 PM
Nak menormalisasi kot....nnt bebudak tgk...ooo tak pe jadi gay/lesbi sbb benda biasa...

Well.. Disney bukan buatan Malaysia.. hehehehe... takleh nak buat apa la kan.. kita la yang kena didik anak2 supaya tak tersasar.
Quote lemak_masin 16-6-2022 04:07 PM
Bagus la diharamkan tayang..
mula2 mmg la kiss skit je tino ngn tino jate ngn jate.. kalau dibiar nnti lagi lebih dari ini depa buat..
Quote BoongaKertas 16-6-2022 04:16 PM
brader harith, pernah dgr pepatah, "MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA?". ha itu mksdnya kena tapis dari start kecik bro.
Quote lolita737 16-6-2022 04:37 PM
aku selalu tertanya2..dia ni islam ke? sebab aku pernah terfikir yg dia ni bukan islam..

sebab mungkin tengok dia mcm open je kan..
Quote renko 16-6-2022 04:50 PM
ahh bising lah botak liberal ni

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059704 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top