CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pan Gon Selalu 'Report' Pada TMJ?

16-6-2022 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1983| Komen: 6

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mendedahkan pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon sentiasa mengemas kini maklumat terbaharu skuad Harimau Malaya kepada beliau.


Perkongsian itu dimaklumkan sendiri oleh TMJ menerusi laman Instastory peribadi baginda, semalam.


Foto: IG TMJ

Menerusi hantaran berkenaan, ‘perkenalan’ Pan Gon dan TMJ tercetus selepas pengendali dari Korea Selatan itu memperkenalkan dirinya kepada TMJ sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan JDT menjulang Piala Sumbangsih.

“Apa yang Tunku lakukan untuk bola sepak Malaysia adalah sangat menakjubkan. Ia sudah melangkaui peringkat Asia dan saya sangat menghormati Tunku.


“Saya akan sentiasa memberikan perkembangan terkini mengenai pasukan kebangsaan dari semasa ke semasa. Dengan sokongan Tunku, saya akan terus bekerja keras demi kejayaan Malaysia.

“Saya memohon sokongan daripada Tunku,” kata Pan Gon dalam perbualan menerusi Whatsapp yang dikongsi Tunku Ismail.




Malah, Pan Gon turut memberi laporan mengenai perancangan pasukan kebangsaan bagi mengharungi beberapa aksi persahabatan serta tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga perbualan dipercayai selepas keputusan Tunku Ismail untuk berundur daripada urusan harian skuad Harimau Selatan dan menyerahkannya kepada pengurusan tertinggi pasukan.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 16-6-2022 01:44 PM
Edited by mbhcsf at 16-6-2022 01:56 PM

tak kisahlah, ini just sensational,

yang penting , he delivers. bebenda side story level sembang macam  tu , macam ni ni like alaa who cares.mungkin signifikan bagi sembang sembang.

apa yg Oppa Kim  ni bawa , i think bagus untuk ubah mentaliti pemain bola sepak malaysia.  banyak improvement daripada aspek tempo , ritma gerak , gaya , teknik, strategi;  permainan kini yg lebih banyak bergasak, menyerang and percubaan masukkan gol gol berbanding  dengan tempo permainan depa semasa AFF suzuki , itu sakit hati je tengok, macam mane boleh aim final kalau level AFF dulu. La ni rasa okaylah ...bagus bagus.

masalah utama pemain bola sepak melaysia B23 ke, atau  senior  squad ialah : depa leka sungguh selepas sesuatu jaringan gol berjaya dilakukan, lax, then lawan akan ambil kesempatan untuk jaringkan gol penyamaan, ini selalu berlaku even now , even more in b23 group.lagi satu i yg bukan peminat bole bila tengok AFF , B23 depa suka bagi boleh kat goal keeper ...ye? suka bila penalty ke  atau ape ape nampak depa tendang bole dan ke arah goal keeper?  ini ketara pada B23 and AFF suzuki..

and now senior squad HM ni dah improved... nampak bergaya jaringkan gol...finishing improved dah.

yg bawah 23 ni, well...selama ni Brad dah sumbangkan ape ye? i mean belum nampak significant improvement, i think berbanding Brad i nampak kesungguhan jurulatih asia ni memang nampak outcome. i dunno mesej tersurat atau tersirat...pemain B23 masa sukan Sea okay je as debut, early exposure bagus juga gaya bermain tapi kalau Oppa Kim ni latih i think ?? adakah outcome lain??? , but dalam recent match B23  dah dalam kumpulan  team bebagus semua memang teruklah tapi mutu permainan makin lama macam lose confident , i kesian betul captain tu masa tengok verbal and non verbal cues dia semasa interview, macam terlalu leth dah and sedih dah and macam tak tahu nak buat ape dah , yeslah barangkali pengalaman, skill pun masih kena asah tapi kan  still ..kena tambah baiklah program latihan.....eh , jgn leburkan potensi depa...
i think FAM macam nilah
kalau jurulatih tu bagus , content latihan bagus ..kekalkan if not ..ntahlah ade kot penambahbaikan program latihan...buat cara pan gon kot , ?? barangkali??



Quote babelina 16-6-2022 05:48 PM
yg penting Msia main lain mcm.. aku x reti sgt nk bckp.. tp mmg lain dari yg kita selalu tgk..
Quote KamikuP 17-6-2022 10:03 AM
Sedihnya posting ni termasuk meolls cuma 3 ketoi je komen kiki
Quote TabletSusu 17-6-2022 10:08 AM
iol speku mcm ti em jay je yg suruh dia update. dah anak raja yg mintak.. dia kenalah patuh. x gitu..?
Quote nazurah 17-6-2022 10:39 AM
TabletSusu replied at 17-6-2022 10:08 AM
iol speku mcm ti em jay je yg suruh dia update. dah anak raja yg mintak.. dia kenalah patuh. x gitu. ...

lagi satu kalau dalam team tu ramai player dia, mesti dia mahu update jugek khennn...

apapun kalau i takdelah nak share conversation bagitahu semua orang. dalam hidup ni kalau kita kerja belakang tabir memang jarang dapat penghargaan... tp Allah tahu. Reda Tuhan lagi lebih baik dan besar nilainya.
Quote matseh 17-6-2022 11:59 AM
Kena konsistent. Player2 kena kerja kuat lagi.
Malaysia dah dapat one of the best coach in Asia.
Selebihnya bergantung pada pemain2 dan FAM target sampai mana nak pegi.
Coach2 di negeri masing2 pun kena kemaskini training jadi lebih baik.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.286889 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top