CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nurhaliza Selar Peniaga Tak Jujur, Pakai Foto Datuk K Jadi Iklan Produk Rambut

16-6-2022 01:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1636| Komen: 3|Original author: Tatod

Sumber IG


Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila berdepan kes penipuan yang kali ini menggunakan gambar suaminya, Datuk K sebagai pelaris pada produk yang dijual oleh peniaga tidak bertanggungjawab.

Bimbang akan ada yang terpedaya dengan promosi tersebut, Siti mengingatkan kepada mana-mana peniaga agar tidak sewenang-wenangnya mengambil kesempatan menggunakan namanya.





"Bila saya diam, makin rancak menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga.

"Saya dah banyak kali hadapi perkara ini. Pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

"Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka," tulisnya di Instagram.


Terdahulu, Siti memuat naik paparan iklan produk penjagaan rambut yang turut menggunakan gambar penyanyi itu dan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang mengalami masalah keguguran rambut serta menggunakan produk yang diiklankan.

"Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu.

"Saya harap, kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini," katanya. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 16-6-2022 08:18 PM
Terus jadi lapar bila tgk baju2 dia. Mcm puding agar2
Quote nakkomenjugak 17-6-2022 08:29 AM
Produk tongkat ali ke apa?
Quote sleepandream 17-6-2022 09:15 AM

produk subur rambut kot...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.031725 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top