CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaya Pak! Petani Dapat Pampasan Tanah RM14.6 Juta, Tanah Diambil Untuk Pembinaan Jalan Tol

16-6-2022 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 676| Komen: 2

KLATEN: Seorang penduduk menerima pampasan sebanyak 3.3 bilion rupiah (RM14.6 juta) bagi tanah berkeluasan 2,926 meter persegi yang diambil untuk pembinaan Jalan Tol Solo-Yogyakarta. 


Lapor Kompas.com, Bardiman, 73, antara 29 penduduk di Kampung Demakijo, Karangnongko, wilayah Klaten, Jawa Tengah yang menerima jumlah pampasan paling tinggi. 

Bardiman bagaimanapun akan berkongsi hasil yang diperoleh bersama abangnya dan menggunakan tanah tersebut bagi membangunkan projek tanah sawah berdekatan rumahnya. 


Foto: Kompas

Katanya, dia merancang untuk menggunakan tanah sawah itu bagi menanam padi. 


Walaupun sudah bergelar jutawan, Bardiman tidak dapat meninggalkan kerjaya sebagai petani kerana sudah menjadi mata pencariannya sejak sekian lama. 

“Saya nak beli tanah sawah di Kampung Krummpul kerana saya adalah petani dan dapat bekerja di tanah sawah semula,” katanya. 

Ketua Kampung Demakijo, Ery Karyatno, 49, berkata, sebanyak 8.5 hektar tanah di kampung itu yang diambil bagi pembinaan jalan tol tersebut. 

Katanya, seramai 31 penerima yang layak mendapat bayaran ganti rugi tersebut. 

Namun, hanya 29 penduduk kampung sahaja sudah menerima dana tersebut disebabkan masalah pewaris yang tidak dapat dikesan. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-6-2022 05:09 PM
perghhh 3 generasi boleh tahan ni makan tak abes tp kalao duk sibuk joli tak tahulah kan
Quote whimsicalmusic 16-6-2022 02:42 PM
Jgn sibuk beli kete tp xpndai bwk lak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.022095 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top