CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuan Rumah Dapat RM8843 Jika Benarkan 100 Lipas Bermaharajalela Dalam Rumah

16-6-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1166| Komen: 6

RALEIGH: Sebuah syarikat kawalan serangga perosak di North Carolina menawarkan wang tunai sebanyak AS$2,000 (RM8,843) kepada pemilik rumah untuk melepaskan 100 ekor lipas di kediaman mereka.


Oddity Central melaporkan The Pest Informer menawarkan ganjaran tersebut bagi menguji kaedah baharu untuk memusnahkan serangga perosak itu.

Jelas syarikat itu, eksperimen menggunakan kaedah baharu itu akan dijalankan selama 30 hari.


Foto: via Utusan

“Kami memerlukan kebenaran pemilik rumah agar 100 ekor lipas dapat dilepaskan di kediaman mereka dan keseluruhan eksperimen itu akan dirakam oleh juruteknik,” jelasnya.


Menurut The Pest Informer, syarikat akan membayar ganjaran tersebut dan menggunakan teknik lain bagi menghapuskan lipas tersebut, sekiranya kaedah baharu digunakan tidak berkesan.

“Ketika ini, syarikat sudah mendapat lima hingga tujuh pemilik rumah bagi membolehkan 100 lipas Amerika dilepaskan ke kediaman mereka dan kebenaran untuk merakam dan menguji kaedah baharu itu,” jelasnya.

Sementara itu, pengasas The Pest Informer, David Floyd berkata, pihaknya menerima lebih 2,000 permohonan bagi tawaran itu di laman sesawang syarikatnya.

Bagaimanapun, katanya, permohonan untuk tawaran itu akan dibuka sehingga 31 Julai depan.

Tambah Floyd, syarikatnya sebelum ini pernah melakukan eksperimen sama pada rumah rakan dan ahli keluarga pekerjanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-6-2022 05:10 PM
aku sanggup je. mehla dtg rumah aku
Quote damsel_fiji 16-6-2022 05:13 PM
100 jah? Klu pegi mana2 rumah kejiranan flat pprt berkerak kat malaysia ni jgnkan 100.. 1000 pun ada kot..pakej tikus sekali
Quote Artemesiaa 16-6-2022 06:22 PM
Kowser jenuh nak bersihkan rumah lepas ujikaji nanti
Quote faraway1 16-6-2022 08:27 PM
Berapa kos pula kemudian untuk bayar pest company bersihkan rumah Kemudian dari kipas tersebut.. 3k
Quote esbok 16-6-2022 10:17 PM
2k dollar? macam sikit je untuk kemudaratan yang bakal melanda
Quote esbok 16-6-2022 10:17 PM
2k dollar? macam sikit je untuk kemudaratan yang bakal melanda

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.027396 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top