CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat India Mati 10 Tahun Lebih Awal Akibat Pencemaran Teruk

16-6-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1136| Komen: 11

]NEW DELHI – Satu laporan mendedahkan bahawa keadaan pencemaran udara di ibu negara India, New Delhi mampu memendekkan jangka hayat seorang penduduk sehingga hampir 10 tahun, lapor akhbar Saudi Gazette.


New Delhi adalah bandar paling tercemar di seluruh dunia. 

Kajian bertajuk Indeks Kehidupan Kualiti Udara yang diterbitkan Institut Dasar Tenaga di Universiti Chicago (EPIC) tersebut mendapati bahawa seramai 1.3 bilion penduduk India tinggal di kawasan di mana paras purata tahunan partikel pencemaran udara melebihi had selamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Had tersebut adalah 5 mikrogram bagi setiap meter padu udara (µg/m³).


Foto: AFP


Faktor udara tercemar turut dikenal pasti sebagai salah satu ‘pembunuh senyap’ bagi berjuta-juta rakyat negara itu saban tahun.

Udara dipenuhi asap yang kebiasaannya meliputi bandar-bandar di India semasa musim sejuk, mengandungi paras zarah halus yang sangat tinggi yang dipanggil PM2.5 iaitu partikel kecil yang boleh memenuhi paru-paru serta menyebabkan pelbagai penyakit.

Selain itu, tempoh hayat kira-kira 510 juta orang yang tinggal di utara India juga kini semakin terancam.

Bilangan yang mewakili hampir 40 peratus populasi negara itu berisiko tinggi kehilangan 7.6 tahun daripada purata usia mereka sekiranya tahap pencemaran udara semasa tidak berubah.

Bagaimanapun, sekiranya pencemaran dapat dikurangkan mengikut piawaian WHO, ia bakal memberikan 240 juta orang di negeri Uttar Pradesh tambahan 10 tahun dalam jangka hayat mereka.

Menurut EPIC, sejak 2013, kira-kira 44 peratus daripada pencemaran global berpunca dari India yang kini menjadi negara kedua paling tercemar di dunia.

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa India menetapkan standard kualiti udara sendiri, iaitu 40 µg/m³. Namun lebih 63 peratus rakyatnya tinggal di kawasan yang melebihi paras berkenaan.

Pada 2019, purata kepekatan bahan zarah udara di India adalah 70.3µg/m³, iaitu jumlah kepekatan tertinggi di dunia.

“Manusia sering menjangkakan ada pencerobohan makhluk asing dari Marikh yang akan menyebarkan ‘semburan’ untuk memendekkan jangka hayat penduduk Bumi. Namun hakikatnya, perkara tersebut dilakukan oleh kita sendiri.

“Bukti jelas adalah situasi di India apabila rakyatnya kehilangan hampir 10 tahun daripada purata hayat normal mereka disebabkan aktiviti manusia sendiri,” kata salah seorang pengarang laporan, Michael Greenstone.

Peningkatan pencemaran udara sejak dua dekad lalu di India adalah disebabkan oleh kemajuan perindustrian, pembangunan ekonomi dan peningkatan penggunaan bahan api fosil.

Bilangan kenderaan di jalan raya negara telah meningkat kira-kira empat kali ganda, demikian menurut laporan yang sama. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 16-6-2022 12:51 PM
Pindahkan ibu kota... rancang betul2 di bandar baru. selamatkan new delhi dan bandar baru dari malapetaka...
Quote Artemesiaa 16-6-2022 02:01 PM
Kalau dah macam tu teruk pencemarannya mana tak mudah sakit
Quote ifanonline 16-6-2022 02:03 PM
bagus la mati awal, ramai sangat umat india ni
Quote Simunggu 16-6-2022 02:15 PM
taik manusia bersepah sana sini
Quote rosedemon 16-6-2022 05:11 PM
teringin pegiindia bila entah nk jadi kenyataan. teringin nak tengok taik tepi2 jalan
Quote jiwasemangat 16-6-2022 05:17 PM
Betol kerr Saintis nii.. ? abis tuu kenapa ramai je rakyat dia yg hidup sampai ke tua.. sama saja ngan negara lain
Quote ninja boy 16-6-2022 05:43 PM
Hapuskan populasi india separuh  
Quote gekkou 16-6-2022 10:31 PM
mayat merata2
kebersihan tak dititik beratkan
public toilet siap ada instruction mcm mn nak guna
negara penduduk ramai
industri bollywood gah
tapi tetap miskin
Quote mejaputih 17-6-2022 07:28 AM
gekkou replied at 16-6-2022 10:31 PM
mayat merata2
kebersihan tak dititik beratkan
public toilet siap ada instruction mcm mn nak guna

Sistem kasta di sana terlalu teruk.. yg terlalu miskin pun membiak dgn jayanya walaupun rumah xde jamban.
Quote fizamn 17-6-2022 07:46 AM
something wrong with cara hidup masyarakat sana..adakah budaya >>>>> than religion practice mereka??
Quote insulin 17-6-2022 07:56 AM
Bandar yang terlalu sesak dan tiada perancangan. Maka inilah antara kesan buruknya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034168 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top