CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sasha Saidin Syukur Dapat Bawa Anak Tinggal Di Dubai Selepas 2 Tahun Berjauhan

16-6-2022 01:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4988| Komen: 21|Original author: Tatod

Sumber IG


Lebih dua tahun berkahwin dan mengikut suami menetap di Dubai, penyanyi, Sasha Saidin akhirnya menarik nafas lega apabila dapat membawah ankanya, Adam Aryasenna Notosoemarson berusia 13 tahun untuk tinggal bersamanya di sana.

Memetik laporan mStar, wanita berusia 45 tahun itu berkata, sejak awal perkahwinan lagi dia sudah pun merancang untuk membawa Arya bersama. 

Bagaimanapun, perkara itu tertangguh disebabkan masalah dokumen diikuti pula oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan perjalanan keluar masuk ke mana-mana negara.



"Selepas berkahwin, saya dan suami pergi mengerjakan umrah sebelum kami pulang ke Dubai. Kemudian waktu itu Covid-10 mula melanda dan PKP dilaksanakan. Jadi, memang sukar untuk bawa anak bersama.

"Urusan dokumen untuk membawa anak menetap dan bersekolah di sana juga tergendala. Jadi, kali ini saya dapat selesaikan semua. Syukur, segalanya dipermudahkan," katanya kepada mStar.


Anggota kumpulan Elite ini turut memaklumkan bahawa perancangan untuk tinggal di Dubai bukanlah untuk selamanya. Mereka akan pulang ke Malaysia apabila suaminya selesai tugas di sana.

Terdahulu, pada Januari 2020, Sasha kembali mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Sirhan Wahab, seorang duda anak dua.

Sasha dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Arya menerusi perkahwinan kali keduanya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 16-6-2022 01:20 PM
Baka mak ni putih.. Klo bapak sawo matang.. Dah cam zain.
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 01:25 PM
Sheols sibuk bawak anak
Tapi laki sheols x de pulak nak bawak anak dari perkahwinan terdahulu
Biasa mmg gitu...anak2 akan bersama dgn mak
That's why jejants nak kahwin dgn janda ni make sure kau boleh mingle dgn anak2 janda kau sbb kau akan duduk dgn diorang
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 01:26 PM
ezacbee replied at 16-6-2022 01:20 PM
Baka mak ni putih.. Klo bapak sawo matang.. Dah cam zain.

Tapi leluhur Indon tu sangat ketara pada wajah beliau
Quote dejure 16-6-2022 02:24 PM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 01:26 PM
Tapi leluhur Indon tu sangat ketara pada wajah beliau

Kau ni rabun ke buta? Aku rasa gen saidin inila satunya artis yg kuat gen mat salleh  dia.tgk ank che ta tu.
Quote mamajawie 16-6-2022 02:27 PM
siyes la anak dia da 13 tahun?kertunyehhh aku skang ni
Quote tasha 16-6-2022 02:29 PM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 01:25 PM
Sheols sibuk bawak anak
Tapi laki sheols x de pulak nak bawak anak dari perkahwinan terdahulu
Biasa  ...

Oooo tok lakinya ada anak ke??
Harap nafkah anak dilunaskan dan mencukupi, jgn duk sibuk menafkahi anak org je....
Quote mizruncing 16-6-2022 02:31 PM
lawa sasha ni
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 02:34 PM
tasha replied at 16-6-2022 02:29 PM
Oooo tok lakinya ada anak ke??
Harap nafkah anak dilunaskan dan mencukupi, jgn duk sibuk menafkahi ...

Kat artikel tu ada tulis laki sheols duda anak dua
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 02:37 PM
dejure replied at 16-6-2022 02:24 PM
Kau ni rabun ke buta? Aku rasa gen saidin inila satunya artis yg kuat gen mat salleh  dia.tgk ank  ...

Dua2 pun tak tapi aku rasa kau yg tak reti analyse
Tengok gambar raya tu...anak dia cuma ikut warna kulit dia aje tapi features muka banyak belah Indon bapak dia...perhatikan hidung, mata & bentuk muka dia
Quote dejure 16-6-2022 02:43 PM
Edited by dejure at 16-6-2022 02:45 PM
Lavender_Violet replied at 16-6-2022 02:37 PM
Dua2 pun tak tapi aku rasa kau yg tak reti analyse
Tengok gambar raya tu...anak dia cuma ikut warn ...


Tp kalau nak dibandingkan ank2 artis lain mcm yasmin hani,catriona,vince,wardina dll lagi gen english dia lagi kuat.especially ank cat,klu org kata atok dia mat salleh mesti org gelak aje..
Quote Lavender_Violet 16-6-2022 03:28 PM
dejure replied at 16-6-2022 02:43 PM
Tp kalau nak dibandingkan ank2 artis lain mcm yasmin hani,catriona,vince,wardina dll lagi gen engl ...

Ye lah, yg ni aku setuju sbb retis yg lain2 yg chuols sebut tu gene mat salleh dgn Melayu tu macam seimbang wpun boleh nmpk iras darah English tu
Tak macam Sasha ni...gene mat salleh dari mak dia kuat sangat...Sasha sendiri muka dia lebih ke arah features Mat Salleh, Zain pun


Quote prince_marhaen 16-6-2022 03:33 PM
ecah cheta dah besar cam gini lah agaknya yek....
Quote selipar_hijau 17-6-2022 07:44 AM
dejure replied at 16-6-2022 02:43 PM
Tp kalau nak dibandingkan ank2 artis lain mcm yasmin hani,catriona,vince,wardina dll lagi gen engl ...

terus aku gugel anak cattriona, betul lah apa ko cakap tu
Quote NurAlia14 17-6-2022 08:33 AM
selipar_hijau replied at 17-6-2022 07:44 AM
terus aku gugel anak cattriona, betul lah apa ko cakap tu

Aku pn terus ke ig dan hehehe
Quote KamikuP 17-6-2022 10:07 AM
Masa remaja dulu si Sasha ni gi clubbing menari atas meja ala2 Coyote Ugly gitu.. korang adooo?
Quote royaldanish 3-7-2022 10:54 PM
Cramp lidah nak sebut nama anak sheols
Quote asamfish 4-7-2022 12:38 AM
kalau aku jd anak toklaki dia, aku akan terasa hati.  sbb bapak aku bela anaktiri, sedangkan anak sendiri ditinggalkan....
Quote Tinot7 4-7-2022 02:03 AM
alhamdulillah dpt bawak anak bersama akhirnya...
Quote faraway1 4-7-2022 03:47 AM
asamfish replied at 3-7-2022 11:38 AM
kalau aku jd anak toklaki dia, aku akan terasa hati.  sbb bapak aku bela anaktiri, sedangkan anak se ...

Kalau bapak nak ambil mungkin mak pula tak kasi

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.469559 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top