CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawan Dari Neraka Pecah Masuk Bilik Bapa, Curi Duit Hadiah Kahwin

16-6-2022 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 862| Komen: 1

Padah mencuri wang yang akan dijadikan hadiah perkahwinan untuk rakannya, lelaki di China dipenjara selama hampir dua tahun.

South China Morning Post melaporkan, lelaki itu dikenali sebagai Song dari wilayah Shaanxi di barat laut China.

Dia dijatuhi hukuman penjara setahun sembilan bulan dan denda 3,000 yuan (RM1,970) kerana mencuri 25,000 yuan (RM16,424) daripada salah seorang rakan sekelasnya bernama Zhou.


Gambar hiasan

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu pada 30 Mei lalu.

Menurut laporan portal berkenaan, majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan Zhou diadakan di sebuah hotel tempatan.


Tetapi sebelum majlis bermula, Song tiba di rumah Zhou dan ketika di sana, dia memasuki bilik tidur bapa rakannya itu tanpa disedari sesiapa.

Song mengunci pintu dan melihat almari pakaian dengan laci berkunci.

Dia membuka laci dan mendapati sejumlah besar wang dipercayai hadiah perkahwinan untuk pasangan itu.

Song membahagi-bahagikan wang itu, dan menyembunyikan 3,700 yuan (RM2,431) di dalam kotak berhampiran balkoni bilik tidur, sebelum meninggalkan bilik tidur dengan baki wang.

Dia kemudian pergi ke hotel untuk jamuan perkahwinan dengan keluarga Zhou.

Pada majlis itu, Song memberikan 500 yuan yang dicurinya itu kepada pengantin baharu sebagai hadiah perkahwinan.

Dia kemudiannya menyamar sebagai rakan yang bermurah hati apabila meminjamkan 5,000 yuan (RM3,285), juga menggunakan wang yang dicuri, kepada Zhou.

Selepas majlis tamat, Song terus menghabiskan wang yang dicurinya sebelum dia ditahan polis.

Difahamkan, Song mempunyai rekod jenayah lampau dan sudah dua kali dipenjarakan pada 2018 dan pada 2020.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 16-6-2022 12:13 PM
Teringat dulu ada kawan abang aku selalu datang ziarah tumpang tidur. Emak aku pun dah anggap macam anak sendiri. Sampailah dia buat hal, telefon aku hilang dari bilik tidur. Aku tercari-cari mana telefon tu sampai Emak aku terpaksa belikan yang baru untuk kegunaan aku masa belajar. Last-last dapat tahu dia yang curi dan jual telefon tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057032 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top