CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Atlet Paralimpik Dihina, Pencapaian Tak Dapat Dibandingkan Dengan Orang Normal

16-6-2022 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 757| Komen: 0

Madison De Rozario menerima komen penghinaan menerusi Facebook selepas dia diangkat sebagai Atlet Paralimpik Terbaik Australia, baru-baru ini, lapor Daily Star.


Menurut seorang individu, pencapaiannya di sukan Paralimpik tidak dapat dibandingkan dengan keupayaan berjalan secara normal yang dimiliki insan-insan lain.


Foto: IG Madison

De Rozario, 28, tenang membalas penghinaan dengan cara penuh sinis, sekali gus menutup mulut individu biadab terbabit.

"Saya sebenarnya dah buat dua-dua (berjalan secara normal dan menang Paralimpik. Soalan yang bagus.


"Semoga kamu lebih hebat pada masa akan datang," ujarnya yang menghidap penyakit saraf sejak berusia empat tahun sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.


Foto: IG Madison

Dalam posting berasingan di Instagram, De Rozario sekali lagi berkongsi luahan hatinya mengenai sikap segelintir lelaki yang suka membuat jenaka biadab.

"Kaum lelaki fikir mereka kelakar, mereka sebenarnya yang saya paling tak suka," tulisnya.

Untuk rekod, De Rozario yang juga pelumba kerusi roda telah bertanding di empat Sukan Paralimpik iaitu di Beijing, London, Rio de Janeiro dan Tokyo.

Dia memenangi perak pada 2008, dua lagi pada 2016, kemudian satu gangsa dan dua emas tahun lepas. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.025415 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top