CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Budak 4 Tahun Melecur Lepas Sentuh Pokok Paling Bahaya

16-6-2022 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2076| Komen: 1

Seorang kanak-kanak perempuan mengalami ruam berisi air pada tangannya selepas menyentuh tumbuhan paling berbahaya di Britain.

Mangsa mengalami simptom aneh selepas bersentuhan dengan tumbuhan hogweed gergasi ketika bermain di sebuah taman di Bolton, Manchester.


Foto: Hardy Mill Primary School

Lebih teruk, mangsa berusia empat tahun turut dimasukkan ke hospital selepas kejadian itu, lapor Daily Star.

Imej dikongsi Sekolah Rendah Hardy Mill menunjukkan ruam berisi air timbul pada tangannya akibat kejadian 4 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak sekolah berkata: "Seorang murid kami telah bersentuhan dengan tumbuhan ini ketika cuti separuh penggal dan akhirnya terpaksa dirawat di hospital kerana melecur tahap kedua.


Foto: Hardy Mill Primary School

"Sila perhatikan tumbuhan ini di taman-taman dan persekitaran ketika keluar dengan anak-anak anda. Kami telah dimaklumkan bahawa tumbuhan ini pasti tumbuh di Taman Longsight.

"Adalah berguna untuk menunjukkan kepada anak-anak anda rupa tumbuhan ini supaya mereka dapat mengelak daripada menyentuhnya," ujar kenyataan itu.

Menurut Manchester Evening News, Hogweed gergasi menyebabkan masalah kesihatan serius dan kerengsaan pada kulit kerana toksinnya meresap jauh ke dalam sel.


Foto: Hardy Mill Primary School

Rumpai itu boleh membesar sehingga enam meter tinggi, manakala setiap tumbuhan hogweed gergasi boleh merebak untuk meliputi julat sekitar dua meter juga. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-6-2022 11:56 AM
Harap acik2 forum take note!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.077784 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top