CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Dapat Kerja Kerajaan, Suami Rela Jaga Anak Di Rumah

16-6-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1104| Komen: 2

Seorang lelaki dari Sulawesi Tengah menjadi tular selepas menceritakan kisahnya sebagai seorang bapa yang menjaga anak di rumah sementara isterinya keluar bekerja, lapor laman Wolipop.


Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Dedi Rosalam berkata, dia sudah menganggur sejak 2019 selepas gagal melepasi ujian bagi menjadi kakitangan kerajaan.


Kredit foto: Wolipop

“Saya dan isteri sama-sama mengambil ujian tersebut, namun hanya dia yang terpilih.

“Meskipun begitu, isteri tetap memilih untuk berkahwin dengan saya. Saya mempunyai diploma dalam jurusan teknik komputer, namun belum ada rezeki untuk tawaran bekerja. Jadi, saya memilih untuk duduk di rumah dan menjaga anak,” tulis Dedi.


Tambah Dedi, ada masanya dia berasa malu dengan jiran tetangga setiap kali isterinya keluar bekerja sedangkan dia berada di rumah menjaga anak.



Namun, isteri dan keluarga mentuanya sangat memahami keadaan Dedi.

Oleh sebab itu, dia cuba mencari pendapatan sampingan dengan menjadi pencipta kandungan media sosial.


Kredit foto: Wolipop

“Selamat bekerja isteriku, maafkan suamimu yang masih menganggur ini,” kata Dedi dalam satu paparan video. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 16-6-2022 11:22 AM
apesal dia ni suka amik berita indon
buat satu board baru la
board INDON
kan senang
puihhhh
Quote che-cikL 16-6-2022 11:25 AM
Spt biasa penCarisampah korek cerita tiktok, drp Indon pulak tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.030948 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top