CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Menyampah Dengan Pelakon Baharu- Datang Set Hanya Nak Habiskan Skrip, Langsung Tak Menjiwai Watak

16-6-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2246| Komen: 9

Lana Nodin berpendapat, setiap pelakon diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesebuah naskhah dengan baik dan harus memahami skrip supaya lakonan mampu memberi impak besar buat penonton.


Dia seterusnya turut menegur sikap segelintir pelakon baharu yang bekerja dengan sambil lewa seolah-olah hanya mahu menghabiskan skrip sahaja.

Foto: IG

“Dulu saya selalu dikecam seksi masa zaman-zaman cerita Rempit. Itu saya hanya melakonkan watak.

“Bila kita diberikan sesuatu naskhah itu kita kena lakukan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kita kena juga ikut berlandaskan garis panduan yang sudah diberikan.


“Bagi saya anda diberi watak, baca dulu skrip. Kalau rasa boleh bawa watak itu buat, kalau rasa tak boleh buat jangan buat. Kalau takut kena kecam jangan buat.

“Kalau saya dapat watak jahat, orang nak ludah ke orang nak marah saya dekat luar ke itu kepuasan saya sebab dapat menghidupkan watak. Maknanya saya dah nailed this job,” katanya.


Tambah Lana lagi selain lakonan, pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan watak dimainkan juga penting dalam menghidupkan karakter.

“Pakaian juga sama, ada sesetengah produksi yang pilih baju, bukan apa, salah artis juga, kadang mereka ini asyik ulang baju yang sama.

“Spend la sedikit atau minta dengan produksi carikan baju wardrobe, cari yang sesuai. Benda seperti ini boleh berbincang bukan tak boleh.



“Macam saya, untuk yang akan datang ini saya akan membawakan watak sebagai founder kosmetik yang over, jadi sudah pasti baju kena over.

“Jadi saya cakap dengan produksi saya nak tempah baju sebab saya tak selesa pakai baju sponsor kerana badan saya kecil, susah nak pakai, nanti tidak kena dengan cita rasa saya.

“Saya nak rasa selesa bila berlakon dan produksi pun tahu hal tersebut. Jadi mereka berikan bajet dan saya buat sendiri. Puas hati.



“Jadi bila kita berlakon rasa confident. Bila penampilan okay kita jadi yakin untuk melontarkan dialog dan karakter. Barulah nampak hidup.

“Ini kalau datang sambil lewa hanya untuk habiskan skrip sahaja, macam mana. Banyak pelakon baru sekarang ini sekadar hanya mahu cepat habiskan skrip sahaja.



“Nak job sahaja sampai dah tak ada kualiti, cerita yang sepatutnya ada kualiti buat orang macam dah malas nak tonton. Baik tengok cerita Korea lagi bagus. Begitulah perumpaannya,” jelasnya lagi.

Terdahulu selain Lana, pelakon Histeria The Series iaitu Liyana Jasmay sebelum ini pernah mengakui agak sukar untuk mencari pelapis yang benar-benar mampu menjiwai watak dan skrip diberikan dengan baik. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 16-6-2022 10:55 AM
yelah..ko pon berkualiti la sgt kan
Quote SherryZass 16-6-2022 11:04 AM
nak komen lain lah pulak, gambar-gambar dia ambil tu tak cantik, kabur-kabur semunya. K tu je
Quote Piramida 16-6-2022 11:09 AM
Mcm kan hebat sgt pencapaian dia dlm lakonan... Hihi
Quote dejure 16-6-2022 11:14 AM
Kali ni aku sokong la apa yg dia ckp..mmg la jd pelakon jgn nak kedekut keluar bajet utk watak..kkdg baju prop tak semua sesuai utk kita..lg 1 klau majlis anugerah pon sama artis jgn kedekut nak keluar bajet.jgn nak harap sponsor aje
Quote TabletSusu 16-6-2022 12:12 PM
aku setuju apa yg dia ckp tu. tp disbbkan stetmen tu keluar dari mulut dia.. aku nak heh kan aje..
Quote KamikuP 16-6-2022 12:59 PM
Eh si hidong ni dah balik Malaysia ke cuolls? Bukan dah berhijrah ke US takmo balik Msia dah ke haa?
Quote TomyamPuteh 16-6-2022 01:12 PM
Anugerah apa yg dia dh dpt?
Quote CikYaYaYa 16-6-2022 03:35 PM
Achik lanaaa nie ada kat bomi Malayziaa ke sekarang? Bukan ke sheolss pindah duk over the sea dah ke?
Quote emera 16-6-2022 03:40 PM
Kau tu dah brp award best actress kau dapat?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.043318 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top