Baru-baru ini, Datin Noor Kartini iaitu ibu kepada selebriti popular Neelofa mengakui bahawa anaknya Ameera Khan masih lagi dalam proses untuk memakai tudung dengan sempurna.
Menurut Kartini, Ameera belum lagi bertudung secara penuh dan anaknya itu masih dalam fasa untuk melatih dirinya memakai tudung dengan sempurna. Oleh sebab itu, kadang-kala kita melihat Ameera memakai topi atau headband.
Tambah Kartini, tidak salah jika semua orang mendoakan yang baik-baik untuk Ameera supaya terbuka hatinya untuk memakai tudung sepenuhnya. Kartini juga mengatakan bahawa walaupun anak-anaknya tidak sempurna namun mereka tidak pernah pergi ke pusat hiburan, minum minuman keras atau menghisap rokok.
Namun oleh kerana keluarganya dikenali oleh rakyat Malaysia, mereka sering dijadikan 'target' dan bahan kecaman netizen walaupun kesalahan yang dilakukan itu cuma kecil.
Kartini juga menerima setiap kritikan yang diberikan untuk perlahan-lahan mengubah diri dan keluarganya ke arah kebaikan. -CARI