Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kulim, hari ini mengenakan kompaun terhadap sebuah pasar raya yang menjual ayam standard melebihi harga kawalan.
Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, mereka dikompaun RM1,000 mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Kita bertindak berdasarkan aduan orang awam mengenai penjualan barang harga terkawal iaitu ayam standard yang dijual melebihi harga maksimum ditetapkan kerajaan.
“Berdasarkan maklumat itu kita menjalankan pemeriksaan di pasar raya terbabit dan mendapati premis berkenaan ada menjual ayam standard dan tanda harga yang dipamerkan adalah RM10.30 sekilogram. “Harga tersebut melebihi harga maksimum yang ditetapkan melalui pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam yang berkuatkuasa mulai 6 Jun sehingga 30 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan. Siasatan lanjut mendapati bekalan ayam bersih diperoleh daripada sebuah ladang ternakan ayam persendirian dengan harga RM 9.30 sekilogram. Katanya, pemilik premis memberi alasan tidak sedar akan pelaksanaan penentuan harga maksimum berkenaan. Sumber: UTUSAN |
Firenzza replied at 15-6-2022 09:16 PM
Siyes la....ayam sekilo 10.30 kena saman? Iols beli 12.50 sekilo, seko je 30 hengget xde sebok plk k ...
Firenzza replied at 15-6-2022 09:16 PM
Siyes la....ayam sekilo 10.30 kena saman? Iols beli 12.50 sekilo, seko je 30 hengget xde sebok plk k ...
kakikuDibibirmu replied at 15-6-2022 11:11 PM
Siapa suruh tak report?
aduan tak ada, tanda rakyat suka barang naik
c===8 replied at 16-6-2022 10:13 AM
tektik baru....harga ayam sekilo menten rm8.90 tapi upah potong sekilo rm2.60
ayam hanya dijual pada ...
ADVERTISEMENT