CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratu Cantik Turki Berdrama, Koyak Baju & Pukul Diri Sendiri Perangkap Bekas Kekasih

15-6-2022 08:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2492| Komen: 12

Ratu Cantik Turki, Dilara Kursun didakwa mengoyakkan pakaian dan memukul diri sendiri agar bekas kekasihnya, Tayfun Kilic ditangkap pihak berkuasa.


Lapor Daily Star, Dilara, 25, memberitahu polis bahawa Tayfun Kilic, 28, membawanya ke sebuah kawasan hutan dengan menaiki kereta.


Kredit foto: Newsflash

Tertuduh kemudian didakwa mengoyakkan pakaian sebelum memukul dan melakukan keganasan seksual terhadap mangsa selepas wanita itu memutuskan hubungan mereka.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati jejaka berkenaan tidak terbukti bersalah dan bebas daripada hukuman penjara 20 tahun dalam kejadian yang berlaku pada 16 Jun 2021.


Tayfun dibebaskan daripada pertuduhan selepas mahkamah memutuskan bahawa Dilara  mencederakan dirinya sendiri bagi memerangkap defendan.

Pada Mei tahun lalu, kedua-duanya dilaporkan telah berpisah, namun tertuduh cuba untuk memenangi kembali hati penyandang gelaran ratu cantik Miss Turkey 2016 itu selama berminggu-minggu.

Menurut tertuduh, mereka hanya keluar makan bersama di sebuah restoran tepi pantai sebelum Dilara secara tiba-tiba mengambil kunci keretanya dan beredar.


Kredit foto: Newsflash

"Kami duduk di restoran pinggir pantai sambil bersembang. Mungkin kami ada minum alkohol.

"Kami bertengkar kerana masalah perhubungan lalu dia bangun dari meja, ambil kunci kereta dan bawa kereta saya pergi.

"Kira-kira sejam kemudian, dia datang mengambil saya dan kembali ke rumah saya sebelum menghubungi teksi untuk pulang.

"Saya mendesak agar Dilara tidak pergi meninggalkan saya. Saya juga memberitahunya agar jangan menghubungi polis, namun dia tetap melakukan demikian," ujar Tayfun.

Ditanya adakah dia mengoyakkan pakaian Dilara, jawab Tayfun: "Tidak mungkin, aku tidak terlibat tindakan seksual terhadapnya. Dia yang membuat semua luka di tubuh sendiri."

Tayfun sebelum ini didakwa kerana  melakukan serangan seksual, penghinaan dan ugutan, namun menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.

Mahkamah menggugurkan kesemua pertuduhan kerana tidak mempunyai bukti kukuh dalam kes tersebut.


Sumber: GEMPAK


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 15-6-2022 08:21 PM
Janganlah laila, jangan terpedaya dgn amber tahi.


Quote tikusmontok 15-6-2022 08:25 PM
Buku bertemu ruam lampin tersenyum sinis
Quote matchstick 15-6-2022 08:34 PM
Dua2 rupa helok
Quote helicornia 15-6-2022 11:25 PM
Amber heard sgt perangainya
Quote kakikuDibibirmu 15-6-2022 11:28 PM
Ingat Turki ingat burger benjol, inilah akibatnya kalu buku bertemu dengan ruam lampin, itupun ada hati nak interview jadi cikgu katanya!
Quote sambaldurian 16-6-2022 10:55 AM
Turkiye ni pelakon dia muslim ke non muslim, selamba je ada kissing scene tgk drama2 dorg. Tp drama2 turkiye hero heroin muka herlok2 la jgk walau berjanggut berjambang, tp kdg2 heroin nmpak 'tua'. So spoil nk tgk.
Quote Decaffeinated 16-6-2022 12:22 PM
Tengok kat PC tak boleh nak pusing gambar lengan bertatoo tu untuk dinilaikan.
Quote Decaffeinated 16-6-2022 12:25 PM
sambaldurian replied at 16-6-2022 10:55 AM
Turkiye ni pelakon dia muslim ke non muslim, selamba je ada kissing scene tgk drama2 dorg. Tp drama2 ...

Pelakon melayu kalau penonton benarkan lebih dari kissing pun mampu dik. Isle jugok.
Quote capiloton 16-6-2022 12:31 PM
some woman memang PSYCHO

kes dalam thread sama macam kes bawah nih,
false allegation.


[youtube]fJwsIB0mwLk[/youtube]

Quote KamikuP 16-6-2022 01:25 PM
Amber Turd versi Turkiye
Quote Artemesiaa 16-6-2022 01:29 PM
Baru betul drama queen
Quote Nenolen 16-6-2022 01:36 PM
Pompuan psycho mcm pilem/novel Gone Girl...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.045758 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top