CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapa Tak Cuak Kalau Jumpa 10 Kamera Tersembunyi Ketika Bercuti Di Homestay!

15-6-2022 08:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2048| Komen: 2

Seorang wanita digemparkan dengan penemuan 10 kamera pengintip di sekeliling homestay yang ditempahnya menerusi Airbnb.

Pengembara itu berkongsi pengalaman yang menakutkan selepas menyedari terdapat kamera tersembunyi di seluruh rumah ketika bercuti di Philadelphia, Amerika Syarikat.


Kredit foto: foxytaughtyou/TikTok

Pengguna Twitter bernama @foxytaughtyou berkata, orang ramai perlu berhati-hati.

Menurutnya, terdapat kamera pengintip di sebalik sistem pemercik api, lapor Daily Star.


Kredit foto: foxytaughtyou/TikTok

Wanita itu berada dalam ketakutan apabila rakannya mendapati lebih banyak kamera dipasang di bilik mandi dan bilik tidur.

Jelasnya lagi, platform itu kemudian menukarkannya ke lokasi lain selepas mereka membuat laporan kepada polis Philadelphia.


Kredit foto: foxytaughtyou/TikTok

"Kami melaporkan perkara ini kepada (Airbnb) dan balai polis pada tengah hari Jumaat dan masih belum mendapat maklumat terkini mengenai kes ini.

"Kami tidak tahu apa rakaman pemilik ini dan apa yang dia lakukan dengannya!" menurut wanita itu. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 15-6-2022 09:21 PM
teringat dulu kes kat asrama lelaki. kantoi ada kamera kecik dalam shower dan toilet

entah camane diorang trace, dapat dalangnya. bila check laptop, memang ada rakaman lelaki dalam toilet

lelaki intai lelaki.. jilake sungguh
Quote Cpkay 16-6-2022 08:46 AM
Insyallah kat Malaysia takde lah kes kes begini harapnya.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.028259 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top