Pengangkutan awam di Malaysia sememangnya semakin maju, dari pengangkutan seperti MRT yang sudah mempunyai fasa terbaru untuk kemudahan orang awam hingga ke teksi terbang oleh AirAsia yang akan tiba dalam beberapa tahun lagi. Baru-baru ini, pejabat Kementerian Pengangkutan menerima kunjungan dari wakil industri rel Korea Selatan iaitu Hyundai Corp, Maglev MKC, Keretapi EP Korea dan Hyundai Rotem Malaysia. Difahamkan, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan beliau telah diberikan taklimat oleh Encik Yoo dari Keretapi EP Korea tentang rancangan untuk sistem kereta api laju di kawasan Putrajaya. Mereka juga berbincang tentang membangunkan sistem monorel seumpama itu di Putrajaya, khususnya mengenai penglibatan sistem rel dan pengangkutan lain. Sekadar info, KTMB juga kini mempunyai kakitangan yang sedang menjalani latihan di Korea dan akan lebih ramai lagi pelatih akan dihantar ke sana tidak lama lagi. - CARI |
ultra78 replied at 16-6-2022 06:24 PM
Atukcow bina putrajaya dan cyberjaya tanpa peduli public transport dan pejalan kaki. Dia nak orang d ...
ADVERTISEMENT