CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sejak Zaman Saya PM Lagi Kerusi Zuraida Itu Kuota Bersatu – Muhyiddin

15-6-2022 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1181| Komen: 1

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian bahawa jawatan Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi yang dipegang Datuk Zuraida Kamaruddin merupakan kuota parti itu.


Beliau berkata, lantikan Zuraida sebagai ahli jemaah Kabinet juga atas kapasiti parti pimpinannya.



“Jadi, apapun saya nak beritahu bahawa pendirian kita (Bersatu), Datuk Zuraida duduk atas kapasiti sebagai ahli Bersatu dan memang semenjak saya dahulu (Perdana Menteri kelapan), kuota itu adalah kuota parti.

“Keputusan melantik sesiapa itu hak Perdana Menteri dan bila itu berlaku kita akan calonkan nama anggota yang sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, semalam.


Pada 26 Mei lalu, Ahli Parlimen Ampang itu turut melepaskan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi.


Foto: IG Muhyiddin/Zuraida

Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, Bersatu masih menunggu tarikh untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu pengganti Zuraida.

Menurutnya, pertemuan itu akan dibuat selepas Ismail Sabri bertemu dengan Zuraida. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 15-6-2022 06:54 PM
Tak tekan butang ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.027370 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top