Baru-baru ini, ada berita melaporkan sekumpulan penyerang lengkap bersenjata mencuri 20 kontena barang yang sebahagiannya berisi emas dan perak dari sebuah pelabuhan di Mexico. Difahamkan, kejadian yang digelar media tempatan sebagai "rompakan terbesar abad ini" berlaku pada 5 Jun lalu di pelabuhan komersial di bandar Manzanillo, Mexico. Difahamkan, kumpulan penyerang itu menggunakan kren dan treler untuk melarikan kontena-kontena tersebut. Malah, perompak-perompak itu amat teliti tentang jenis barang yang mereka curi seperti logam berharga, emas, unit penghawa dingin dan lain-lain lagi. Menurut Pejabat Pendakwa Raya Awam di bandar Manzanillo berkata pihaknya membuka kertas siasatan tetapi tidak mendedahkan kuantiti emas dan perak yang dicuri. - CARI |
ADVERTISEMENT