PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 11 sen kepada paras RM4.83 berbanding RM4.72 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 22 Jun ini.
Harga bahan api itu sebelum ini hanya naik hanya 2 sen pada minggu lalu. Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel juga kekal pada harga RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel. Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan. Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan. “Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.- CARI Sumber: Utusan Online
|
Nnoor2 replied at 15-6-2022 05:45 PM
Naikla sampai RM7...
Tapi x fair betul...95 x naik2
Kitty_catz replied at 15-6-2022 06:34 PM
apa kelas rm7.. naik la 30 ringgek terus kaka
Nnoor2 replied at 15-6-2022 07:13 PM
Bolehhhhh...tapi 95 naikkan RM20....tu dah okla
Kitty_catz replied at 15-6-2022 07:15 PM
kalau ron95 naik rm20, terbako putrajaya tu kak noor oii.. berani ke abah mail itewwww???
Nnoor2 replied at 15-6-2022 07:20 PM
Ate ngape dia berani buat kat 97 jer..
Mcm melepas perasaan je beliau terhadap 97...tiap bul ...
Nnoor2 replied at 15-6-2022 07:20 PM
Ate ngape dia berani buat kat 97 jer..
Mcm melepas perasaan je beliau terhadap 97...tiap bul ...
mojarean_X replied at 15-6-2022 07:27 PM
Sbbnya simple je. Yg pakai Ron97 majoritinya x undi pun BN. Wat habis beras je bg subsidi kt doran ...
mejaputih replied at 15-6-2022 07:29 PM
Kesimpulannya kena pandai beli jiwa la ni ye
ADVERTISEMENT