CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Razak Punca Malaysia Terpaksa Tanggung Hutang AS$3 bilion

15-6-2022 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4783| Komen: 71

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani surat sokongan kerajaan (LOS) terhadap pemberian pinjaman kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi satu projek usahasama menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang AS$3 bilion.


Ini kerana salah satu terma dalam surat sokongan itu ialah Kerajaan akan dipertanggungjawabkan atas pinjaman yang dibuat sekiranya syarikat induk gagal membayar balik pinjaman.

Menurut bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd. Desa, selepas LOS dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, 1MDB tidak pernah memberikan laporan mengenai pelaburan AS$3 bilion itu.


Foto: Utusan Online


“Apabila LOS telah dikeluarkan kepada pihak 1MDB, pihak pengurusan 1MDB bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Ahli Lembaga Pengarah mereka berkenaan LOS yang telah dikeluarkan. Selain itu juga, pihak 1MDB bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan pelaburan mereka sepertimana tujuan permohonan LOS itu dikemukakan kepada pihak MOF.

“Bagaimanapun, sepanjang saya bertugas sebagai Setiausaha di Bahagian Bahagian Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan & Aktuari (BPKA), Kementerian Kewangan, saya tidak ada menerima apa-apa pelaporan balas daripada pihak pengurusan 1MDB berkenaan penggunaan dana berjumlah USD3 billion yang telah mereka perolehi melalui LOS daripada pihak kerajaan.

“Pihak saya di BPKA juga tidak tahu menahu dan tidak diberikan laporan oleh 1MDB tentang ke mana wang tersebut telah dibelanjakan dan digunakan. Sama ada ia digunakan untuk tujuan asal seperti permohonan mereka atau tidak digunakan bagi tujuan itu,” kata Siti Zauyah.

Saksi pendakwaan ke-25 berkata demikian dalam pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah dan terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Menurut keterangan saksi-saksi pendakwaan sebelum ini, AS$3bilion itu yang disalurkan kepada syarikat usaha sama itu adalah untuk beberapa projek pembangunan antaranya pembangunan sebidang tanah seluas 564,965 meter persegi di Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD) yang turut dikenali sebagai Tun Razak Exchange (TRX).

Selain itu, Siti Zauyah memberitahu, pihaknya tidak memberikan sebarang cadangan mengenai pinjaman tersebut kerana bimbang mengenai implikasinya terhadap kewangan negara dan bagi menjaga kepentingan Malaysia.

“Walau bagaimanapun, Bahagian saya telah juga memasukkan dua lagi opsyen (cadangan) iaitu opsyen 1 dan opsyen 2 memandangkan ia adalah kehendak Perdana Menteri (Najib).

Antara cadangan tersebut ialah menerima semua terma yang dikemukakan oleh bank pemberi pinjaman, Goldman Sachs.

“Saya sahkan bahawa pemilihan institusi kewangan iaitu Goldman Sachs selaku pihak yang memberikan pinjaman tidak dirujuk kepada bahagian saya atau kepada Kementerian Kewangan sendiri kerana ianya ditetapkan atas kehendak syarikat 1MDB,”katanya.

Terdahulu, Siti Zauyah juga memaklumkan pihak pengurusan 1MDB sangat sukar untuk memberikan kerjasama kerana sekiranya terdapat sebarang kesulitan atau persoalan daripada Kementerian Kewangan berkaitan surat sokongan, pihak mereka akan berhubung terus dan memaklumkan perkara tersebut kepada Najib selaku Menteri Kewangan ketika itu.

“Walaupun pihak 1MDB dan Goldman Sachs berurusan dengan bahagian saya dalam mengeluarkan LOC tersebut, namun mereka sering berkomunikasi terus dengan pihak atasan sekiranya kurang bersetuju dengan permintaan atau pendapat bahagian saya,”kata Siti Zauyah.

Terdahulu, Siti Zauyah memberitahu Najib telah melantik diri sendiri untuk menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Siti Zauyah berkata, tindakan tersebut juga tidak pernah berlaku dalam mana-mana syarikat yang diletakkan di bawah kawalan Menteri Kewangan (Diperbadankan)(MKD).

“Berkaitan dengan perjalanan syarikat 1MDB yang telah diletakkan di bawah kawalan MKD, saya sahkan bahawa tiada mana-mana pegawai Kementerian Kewangan atau daripada bahagian MKD telah dilantik untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam 1MDB.

“Ini kerana dalam syarikat MKD yang lain (selain 1MDB), Menteri Kewangan tidak terlibat secara langsung, ‘direct’ seperti syarikat 1MDB ini yang mana Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Mohd. Najib Razak telah melantik diri beliau sendiri untuk menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat kepada 1MDB.

“Saya sahkan, dalam syarikat MKD yang lain, hal seperti ini tidak berlaku,” ujar Siti Zauyah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dewimalam78 15-6-2022 07:46 PM
Bakal PM10 bak kata netizen
Quote Firenzza 15-6-2022 07:56 PM
Najibun dpt tanah area kl  free2 100j sumbangan gomen tersenyum sinis
Quote tripleid 15-6-2022 08:49 PM
Edited by tripleid at 15-6-2022 10:14 PM

Acik2 felda mesti ingat hutang RM13billion  tu byk sikit je drpd 13juta..
Quote zidane_ziege 15-6-2022 09:56 PM
Betul la pepatah mat sabu

Najib nasihat najib bagi pinjaman kepada najib
Quote Zazama 15-6-2022 10:16 PM
Pesalah, tapi bebas ke mana2! Cayalah!
Quote dani-rox 15-6-2022 10:19 PM
celaka punya orang tua
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:20 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:20 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:21 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:21 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:21 PM
Quote kemaruk 15-6-2022 10:23 PM
Yang peliknya hutang zaman PH dan PN lagila mencanak naik
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:24 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:24 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:24 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:25 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:26 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:29 PM
Quote doubleharmonic 15-6-2022 10:29 PM

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.044404 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top