CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Teringat Suara Dia Suruh Picit Kaki' - Anak Bongsu Imbau Kenangan Dengan Hamid Gurkha

15-6-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1390| Komen: 2

“Tak boleh nak gambarkan perasaan itu, banyak kenangan bersamanya..” kata anak bongsu kepada pelawak legenda Allahyarham Hamid Gurkha iaitu Nor Ashita Hamid ketika dihubungi Astro Gempak selepas pemergian bapanya semalam.


Kata Nor sebelum bapanya uzur, Hamid sering meminta anak dan cucunya berkumpul dan meluangkan masa bersama.


Foto: Harian Metro

“Dia tinggal bersama saya. Jadi saya selalu teringat-ingat suara dia memanggil saya suruh memicit kakinya.

“Sebelum uzur, dia selalu panggil anak-anak datang rumah. Sukalah dia buat makan-makan bersama-sama. Nampak dia suka bila anak-anak ada di sekeliling dia.


“Baru-baru ini pun saya sempat membawanya bercuti ke A-Famosa Melaka. Dia memang suka jalan-jalan,” katanya.

Berkongsi pengalaman terakhir menyambut Syawal dengan bapanya baru-baru ini, Nor gembira kerana arwah dapat meraikannya dengan gembira walaupun sedang uzur.

“Dia dapat sambut raya seperti biasa meskipun sedang uzur. Malah, saya bersyukur kerana dia dapat berpuasa penuh,” ceritanya lagi.

Hamid menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang semalam.

Arwah mempunyai lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Arwah juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Joysparta 15-6-2022 07:50 PM
Rip pak mid..saya peminat pak mid.
Paling best layan sikit punya gila.
Quote 3chanceno 15-6-2022 08:51 PM
Alhamdullilah dapat puasa di bulan Ramadan tahun ini walaupun umur sudah lanjut.....banyak kenangan anak dia nie yang tinggal bersama arwah & sukar untuk melupakannya.

Semuga kita jugak dapat berbakti pada orangtua kita kerana ajal & maut tidak kenal usia & kenangan waktu bersama mengiringi hari2 yang mendatang pada yang masih hidup.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.028056 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top