CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-beranak Mencabul, Remaja Mengaku Rogol Pelajar Tingkatan 1

15-6-2022 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1556| Komen: 5

Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun bulan lalu.


Tertuduh berusia 17 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah di Tanjung Piandang kira-kira jam 1.10 petang pada 7 Mei lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini bagi sebutan semula kes sementara mendapatkan laporan perubatan.

Difahamkan, remaja lelaki itu ditahan polis pada Khamis lalu selepas menerima laporan dibuat wanita berusia 56 tahun yang mendakwa cucunya dirogol pada 25 Mei lalu.

Mangsa mendakwa turut diraba bapa suspek berusia 48 tahun yang merupakan jiran baharu di kawasan itu.

Bapa suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 15-6-2022 05:31 PM
Apa nk jadi dgn org perak ni....
Quote Skuau 15-6-2022 05:39 PM
apo?? jate sskjp udoh pindah Perak ka???
Quote Artemesiaa 15-6-2022 05:56 PM
Kes yang macam tak ada kesudahannya
Quote takayama 15-6-2022 05:56 PM
Tim MB kelantan tersenyum sinis

Btw mcm. mana anak beranak leh sesama berahi kt mangsa ni
Quote renko 15-6-2022 05:58 PM
Timbalan mb sskjp take note kes ni..senang petik negeri lain nnt

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.033568 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top