Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu terpaksa memberhentikan kenderaannya secara mengejut dek tindakan seorang lelaki bersama ahli keluarganya yang melintas jalan raya bersama-sama.
Difahamkan, keluarga itu ingin ke restoran nasi kandar yang terletak di seberang jalan. Dalam tiga saat pertama, lelaki itu dilihat sudah bersedia ‘mengacah’ pemandu berkenaan dengan menolak troli bayi ke tengah jalan raya sehingga membuatkan kereta itu terpaksa brek mengejut. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu sempat memberi isyarat tangan seperti memarahi pemandu berkenaan kerana tidak memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang untuk mereka melintas jalan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut ‘panas hati’ melihatkan sikap lelaki itu yang tergesa-gesa dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Sementara itu, pemandu dikenali sebagai Ah Wen berkata, dia berasa lega kerana kereta di belakangnya tidak merempuh kenderaannya. Jika tidak, pasti akan berlaku kemalangan jalan raya sekali gus menimbulkan kesesakan pula. Sumber: BeautifulNara
|
ADVERTISEMENT