CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelakon Umur 40-an Parah Ditikam Suami Sendiri

15-6-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1482| Komen: 0

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan atas cubaan membunuh isterinya yang juga pelakon Korea.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Balai Polis Yong San melaporkan lelaki itu ditangkap pada semalam, 14 Jun.

Dilaporkan juga bahawa lelaki itu menikam isterinya dengan pisau di lobi rumahnya bertempat di Itaewon, Yongsan Gu, Seoul, sekitar 8.40 pagi.

Gambar Hiasan

Difahamkan selepas menikam isterinya di bahagian leher, lelaki itu kemudiannya menghalakan senjata tersebut ke arah dirinya dan membuat cubaan bunuh diri.

Kedua-dua mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut polis, pasangan ini juga sudah pun tinggal berasingan dan siasatan lanjut akan dijalankan selepas lelaki itu pulih.

Dikhabarkan mangsa merupakan pelakon wanita berusia dalam lingkungan 40-an.

Sebelum menjadi aktres, wanita itu merupakan seorang model dan membuat kemunculan sulung sebagai penyanyi berkumpulan.

Dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon selepas kumpulan dibubarkan dan muncul dalam pelbagai drama. -CARI

Sumber: awani/ Allkpop / Koreaboo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.441999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top