CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Maut Kafe Terbakar Ketika Sambut Hari Jadi

15-6-2022 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 575| Komen: 0

Lapan terkorban dalam kebakaran yang berlaku lewat Selasa di Tehran, ibu negara Iran.

Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Tasnim melaporkan, berlaku satu letupan diikuti kebakaran semasa majlis hari jadi di sebuah kafe di pinggir bandar Shahriar di Tehran.



Gambar hiasan

Tiga kanak-kanak, tiga wanita, dan seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia di hospital.

Pejabat Pendakwaraya Shahriar dalam kenyataan berkata, maklumat awal mendapati kafe itu terletak di ruang bawah tanah dan sebiji belon helium meletup lalu menyebabkan kafe berkenaan terbakar.


Ketika kejadian, orang ramai melarikan diri ke dapur di bahagian belakang tetapi mengalami sesak nafas akibat asap tebal.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.050449 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top