CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahagia Bertukar Suram- Isteri Tiba-Tiba Hidap Dua Kanser Serentak, Suami Tak Boleh Kerja Kena Jaga 4 Anak

15-6-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2974| Komen: 29

TANJUNG KLING: Kehidupan sederhana enam beranak yang sebelum ini ceria seperti keluarga lain kini bertukar suram selepas ibu mereka disahkan menghidap dua kanser serentak sejak dua bulan lalu.


Penderitaan hidup ditanggung Nurhabibah Mohd Nasir, 35, bermula selepas dia kini hanya terlantar dan tidak lagi mampu menguruskan empat anak yang masih kecil sejurus disahkan menghidap kanser hati dan usus.

Situasi itu menyebabkan suaminya Nordin Yusup, 42, yang sebelum ini hanya meraih pendapatan sebagai nelayan tidak lagi mampu turun ke laut bagi mencari sesuap nasi kerana perlu menguruskan isteri kesayangan serta empat anak kecil yang berusia 9,7,4 tahun dan 18 bulan.

Foto: Awani


Menceritakan kesulitan hidup yang dilalui, Nordin berkata, isterinya yang sebelum ini menguruskan kehidupan dia bersama empat anak secara tiba-tiba rebah 5 April lalu sebelum mengalami strok ringan dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

“Apabila kesihatan isteri saya semakin merosot dan disahkan menghidap dua kanser serentak di tahap empat, saya terpaksa menguruskannya dan tidak dapat turun ke laut seperti biasa sehinggakan anak-anak saya juga tidak dapat pergi ke sekolah.

“Isteri saya beberapa kali terpaksa di tahan di wad Hospital Melaka dan ada kala terpaksa ke Hospital Kuala lumpur yang mana buat masa sekarang ibu saudara saya yang bantu tengokkan anak-anak apabila saya perlu menjaga isteri di hospital,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu saudaranya di Kampung Pantai Kundor, di sini.

Bercerita lanjut Nordin berkata, mereka sekeluarga sebelum ini menyewa di Kampung Sri Tanjung, di sini dengan bayaran RM400 sebulan.

Namun, selepas isterinya jatuh sakit, segalanya berubah sehinggakan dia tidak mampu membayar sewa rumah dan menyebabkannya terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya.

“Kalau sebelum ini saya mampu menyara isteri dan empat anak dengan pendapatan saya sebagai nelayan dan mereka tidak pernah lagi terputus makanan mahupun keperluan susu atau lampin pakai buang untuk anak-anak saya yang masih kecil.

“Namun, sekarang ini kalau saya turun ke laut siapa yang akan uruskan isteri saya. Jadi, hati suami mana yang sanggup tengok isteri menahan sakit dan saya cuma mampu berdoa Allah angkat lenyapkan keperitan yang sedang kami tanggung ketika ini,” katanya sambil menyeka air mata.

Jelas Nordin, selain keperluan anak-anak, dia juga perlu memikirkan kos perubatan dan susu khas untuk isterinya yang tidak lagi boleh makan dan minum seperti biasa ketika ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi yang turut menziarahi enam beranak itu berkata, pihaknya akan menyalurkan segala bantuan termasuk kewangan, keperluan lampin pakai buang dan susu formula untuk isteri serta anak kecil mereka.

Katanya, Jawatankuasa Penyelaras Dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) juga akan membiayai kos pengangkutan ambulans bagi membawa Nurhabibah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Nurhabibah di talian 011-20873302 atau menerusi akaun bank 0410929000014387 (Bank Simpanan Nasional).-CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 15-6-2022 10:37 PM
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Mudah2an, ada yg sudi membantu. Ya Allah, rezekikan hambaMu ini jalan keluar dari kesulitan. Amin..
Quote nini_azmi 15-6-2022 10:54 PM
Moga dimudahkan urusan
Quote TabletSusu 15-6-2022 11:01 PM
sedih baca berita2 gini. Semoga ada sinar utk keluarga ni utk teruskan hidup
Quote hareeeesah 16-6-2022 12:16 AM
Bila Allah nk uji sapa la kita nk mempersoalkan..
semoga diprmudahkan urusan.
Quote Minami2013 16-6-2022 12:31 AM
Moga Allah permudahkan urusan keluarga ni
Quote doubleA 16-6-2022 12:44 AM
Semoga Allah menyembuhkan, dan memudahkan urusan family ni. Sedihnya
Quote zehra2 16-6-2022 01:36 AM
Edited by zehra2 at 16-6-2022 01:38 AM

jom sorang sikit. kot esok2 kita dpt apa2 manfaat, mungkin ini lah asbab nya.
kita mudah urusan pn habibah.
Allah swt mudah kan urusan kita
Quote MistrezHermanaz 16-6-2022 01:53 AM
Insya Allah.. No acc tu atas nama nurhabibah kan
Quote pyropura 16-6-2022 02:00 AM
Org.yg.songlap berbilion2 tak derita apa2 pun
Quote addamnor 16-6-2022 07:58 AM
Acik2 tanak tuduh beliau biawak, question why B40 ada anak walau tak mampu nak sara
Quote darkness 16-6-2022 08:01 AM
Allahuakhbar...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..semoga Allah permudahkan urusan keluarga ni..
Quote chandrahusin 16-6-2022 08:35 AM
ada dgr ceramah
ujian susah org lain
ujian untuk kita rajin bersedekah
bersyukur kita tak susah mcm org lain
klu nak bantu sila bantu
klu tak dapat bantu
doa je yg baik2
Quote Nnasda53 16-6-2022 09:38 AM
Semoga di mudahkan urusan keluarga ni.
Quote mijot 16-6-2022 09:52 AM
semoga dipermudahkan segala urusan..
Quote talapia 16-6-2022 10:08 AM
addamnor replied at 16-6-2022 07:58 AM
Acik2 tanak tuduh beliau biawak, question why B40 ada anak walau tak mampu nak sara

tak bole nak question pun... dah ditulis situ.. sblm ni x pernah putus makan.. susu bagai. Hidup aman2 aje sebab bapaknya bekerja.. ada pendapatan walau bkn keje gomen. Ni diduga ujian seberat ini.. Semoga Allah permudahkan urusan mereka.. Anak2 terlalu kecil utk diharap tengok2 kan ibunya.. Pak dia pon kalau turun ke laut bukan sejam dua.. nak balik jenguk bini kt rumah ke.. tak semudah tu..

Quote Skuau 16-6-2022 10:12 AM
pyropura replied at 16-6-2022 02:00 AM
Org.yg.songlap berbilion2 tak derita apa2 pun

komen anda tidak ada kena mengena dengan isi berita..
Quote Suchi 16-6-2022 10:13 AM
Edited by Suchi at 16-6-2022 10:15 AM
talapia replied at 16-6-2022 10:08 AM
tak bole nak question pun... dah ditulis situ.. sblm ni x pernah putus makan.. susu bagai. Hidup a ...


Betul… kita2 semua ni pun bila diuji sakit pun boleh  jadi susah gak. Sbb bila sorang sakit kena ada yg jaga.
Mcm mana nak jaga kalau kena keja? Lama2 asik ponteng je kena benti la plak.
Duit simpanan yg ada pun boleh kering gak bayar komitmen sana sini.
Sakit kanser kena minum susu mahal tu mmg byk kos dia ulang alik g sepital lagi.

Quote mizruncing 16-6-2022 10:14 AM
kesian.. klu miskin je mesti diuji sakit semua. sedih tgk
Quote nurul_akmar 16-6-2022 10:27 AM
semoga dipermudahkan semua urusan family ni..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053582 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top