Nama pelakon Amber Heard dipandang buruk selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.
Menerima banyak kecaman di media sosial, Heard menganggap perkara tersebut tidak adil kerana netizen terlalu mudah meletakkan hukuman tanpa mengetahui apa yang dilaluinya selama ini. "Saya tidak kisah apa yang orang katakan tentang diri saya atau menilai hubungan perkahwinan sebelum ini. Tidak semua orang tahu apa yang telah saya lalui. "Walaupun dibenci dan ada yang kata saya berbohong, anda tidak boleh anggap semua yang diperkatakan di media sosial adalah benar.
"Anda tidak boleh katakan keputusan tersebut adalah adil untuk saya," katanya seperti yang dipetik dari People. Mahkamah di Faifax, Virginia sebelum ini mendapati Amber membuat fitnah mengenai dakwaan dia didera bekas suaminya, Depp. Juri memutuskan pelakon Aquaman ini untuk membayar ganti rugi AS$15 juta (kira-kira RM65 juta) kepada bekas suaminya itu. Jumlah itu kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu. Mengulas tentang keputusan tersebut, kata Heard dia tidak menyalahkan juri dan melihat penilaian dibuat berdasarkan populariti yang dimiliki oleh Depp. "Saya tidak salahkan mereka. Dia (Depp) memiliki karakter yang disayangi dan semua orang merasakan cukup mengenalinya. Dia seorang pelakon yang hebat," ujarnya. Untuk rekod, Heard dan Depp berkahwin pada Februari 2015 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun. Sumber: mStar
|
lurve82 replied at 15-6-2022 09:13 PM
Pakcik depp tu sedap betul dlm iklan dior. Tp ble tgk dkt court tu…erkkkk
whimsicalmusic replied at 15-6-2022 10:02 PM
Die da tua sis..time muda kemain hot..jenis yg tua mcm mickey rourke, tua jd kembang muka..padahal ...
Tembikaigoreng replied at 16-6-2022 09:03 AM
Yang tetiba big fans of JD pun banyak!! 24 jam update kat story IG & WhatsApp pasal JD, siap wish bi ...
nakkomenjugak replied at 19-6-2022 12:28 PM
Kalau dulu JD aman2 jahhh dengan vanessa
Takde laaa jadik gini
lurve82 replied at 15-6-2022 09:13 PM
Pakcik depp tu sedap betul dlm iklan dior. Tp ble tgk dkt court tu…erkkkk
ADVERTISEMENT