CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dituduh Menari Bogel..." Akaun TikTok Imran Bard Kena Sekat

15-6-2022 03:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3641| Komen: 6|Original author: Tatod

Sumber IG


Pempengaruh media sosial, Imran Bard memaklumkan dia mungkin kehilangan akaun TikTok yang menjadi periuk nasinya gara-gara ada pihak tidak bertanggungjawab melaporkan empat buah video didakwa melanggar garis panduan komuniti.

Imran menerusi Twitter memaklumkan perkara itu bukanlah kali pertama berlaku tetapi sudah beberapa kali terjadi sedangkan segala kandungan yang dimuat naik tidak memaparkan perbuatan tidak senonoh.


"Periuk nasi I bakal ditutup. Saya dituduh menari bogel dan melakukan aksi diluar tabii walhal saya takde teteq nak di show off."

"Dah banyak kali kena padahal saya cuma plywood hidup je yang cuba menari di TikTok," tulisnya.

Pemilik nama sebenar Muhammad Al Imran Badaruddin yang baru berusia 21 tahun itu mulai dikenali menerusi dialog 'ghisau ghisau' apabila selebriti popular tanah air menggunakan dialog
sama untuk video mereka.


Dia mengumpul peminat tersendiri yang gemar menonton kandungan komedi bersahaja yang dipaparkannya. 

Rata-rata, ramai yang berharap agar pemuda itu akan terus menghasilkan 'content' menghiburkan walaupun dia terpaksa berulang-kali membuka akaun baru. 

Malahan, ada juga yang berkata individu yang melaporkan video tersebut kerana kononnya melanggar garis panduan didakwa dengki dan iri hati atas kejayaan yang dikecapi oleh Imran.







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _kelly 15-6-2022 04:26 PM
tah sapa2 la bebudak duk follow jadikan idola..asal boleh je buat video merapu sikit, guna ayat acah savage sikit dah boleh angkat diri jadi influencer..oh, dunia!
Quote azimodin 15-6-2022 05:41 PM
Si imran ni buat masa ni aku rasa ok lagi la, potpet2 kepochi gitu2 je.. xde aneh2 sangat. At least bertiang-tiang lagi baik dari si hantu gigi senyum lebar or si kaki prank nazhan ape ntah namanya tu
Quote None68 15-6-2022 08:26 PM
Ntah masa bilanya yg dia bogel tuh..karut btol!
Quote TabletSusu 24-6-2022 11:58 PM
aku klu tgk video2 dia.. mesti terkekek2 gelak sorg2. makcik mana ntah yg dia hangin sangat. kesian pulak aku kat makciktu kena hanum2 manja dgn si imran ni
Quote Pujangga22 27-6-2022 02:45 PM
ok lagi dia ni tak lah menyakitkan hati sesapa or tunggang2 agama...
Quote pitera 28-6-2022 11:42 AM
Dia ni layan jugak la content nye. Kelakar dan takleh la sampai over. Menari pun takde la menari ape sangat takde menonjol ape pun hahahaha

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.075481 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top