CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rozita Che Wan Dah Tak Nak Beranak, Sekejap Lagi Nak Terima Menantu

15-6-2022 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4887| Komen: 45

Memiliki dua anak teruna yang semakin meningkat dewasa, pelakon Rozita Che Wan sudah sedia menerima menantu jika jodoh mereka sudah tiba dalam masa terdekat.

Bercakap tentang hubungan cinta anak-anaknya, Rozita atau mesra disapa Che Ta memberitahu dia bersikap terbuka dan sentiasa mengambil tahu tentang wanita yang rapat dengan anak-anaknya.

Foto: IG

"Saya sudah sedia terima menantu jika anak-anak mahu berkahwin.

"Sebagai ibu saya akan sentiasa ambil tahu tentang hubungan cinta mereka. Contohnya sekarang ini saya tahu anak kedua sudah ada kekasih, selalu juga minta dia tunjukkan gambar, tetapi biarlah dia sendiri yang beritahu apabila bersedia.




"Manakala anak pertama pula memang ada kekasih. Saya juga selalu berbual dengan kekasihnya di media sosial.

"Saya seorang ibu yang memahami. Kalau sayangkan anak biarlah mereka berkawan dengan sesiapa pun yang boleh buat hati gembira," katanya kepada mStar.


Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 26, dan Aniq Azzra, 24, daripada hasil perkahwinan pertama sebelum mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013.

Bersama Zain, Che Ta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Pelakon Mem & Bibik Bibik ini ditemui ketika majlis berinai yang diadakan sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya sekaligus melancarkan produk baharunya iaitu Inai Che Ta.



Sementara itu, ditanya tentang menambah cahaya mata, Che Ta berkata, dia dan suami tiada perancangan ke arah itu.

"Tak payahlah tambah anak... biarlah kami fokus besarkan anak-anak yang ada ini.

“Aaisyah pun dah besar dan dia tidak pernah minta adik. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan,” ujarnya.


Mengulas tentang perniagaan tersebut, Che Ta menafikan dakwaan kononnya dia meniru usahawan Neelofa yang juga mengeluarkan produk sama.

"Tak mungkin meniru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini.

"Saya keluarkan produk ini kerana memang suka pakai inai di jari. Lebih senang hendak promosikan barang yang selalu digunakan.



"Kalau produk ini menjadi viral nanti, sesiapa sahaja boleh mulakan atau majukan lagi perniagaan menjual inai dengan jenama mereka sendiri," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang majlis yang diadakan di Damansara pada Selasa, Che Ta tidak terkejut ia mendapat tajaan penuh bernilai hampir RM100,000 daripada sahabat baiknya yang dikenali sebagai Anas.

"Saya tahu dia sangat pemurah dan tak terkejut apabila dia katakan mahu mengadakan majlis ini.

"Perancangan mengadakan majlis ini dibuat dalam tempoh masa singkat dan saya serahkan semuanya kepada Anas," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 15-6-2022 03:45 PM
berapa umur nenek tua ni?
Quote Kurex 15-6-2022 03:47 PM
Bila anak dia nak buat video lagi?
Quote nawtylulu 15-6-2022 03:59 PM
Acik nk maintain selim.. xpela cik. cukp la yg ada tu..
Quote Nham22 15-6-2022 04:03 PM
Hahaha..anak didik zizang semang
Quote mizruncing 15-6-2022 04:04 PM
dia ni tak penat ehhh umur2 gini still tak habis2 dgn sarat berfesyen, berboria bagai. tiap tahun pkai baju kawen. tak puas muda ke ape
Quote Mamason 15-6-2022 04:14 PM
Dah sape yg sibuk sgt tanya dia ni nak beranak lagi ke tidak? biaq pi diaa laa adoi netizen pun... ke dia ni saja bagi kenyataan biarpun org xtanya...

Tapi anak dia si aisyah tu mmg cantik...
Quote mawarkhayalan99 15-6-2022 04:52 PM
dah nak bercucu dah pun nenek ni. yeke suka pakai inai mcm x penah nampak pun nenek ni pakai inai
Quote TomyamPuteh 15-6-2022 05:02 PM
Awat ramai yg nyampah dgn dia ni? Aku kalau tau Cik Ta yg berlakon apa2, sanggup aku buat nota lekat kat peti ais takut miss. Aku suka dia walaupun dia kayu. Tak pernah lg la aku tengok dia berlakon watak menangis yg betui2 menjadi.
Quote Incanto 15-6-2022 05:25 PM
tazzabar tgk cheta dapat menantu…. tiberrrr
Quote syamzana 15-6-2022 05:35 PM
TomyamPuteh replied at 15-6-2022 05:02 PM
Awat ramai yg nyampah dgn dia ni? Aku kalau tau Cik Ta yg berlakon apa2, sanggup aku buat nota lekat ...

terunggul punya minat ni.dah tau kayu pun risau kot terlepas cerita
Quote 3chanceno 15-6-2022 05:52 PM
Nak promot inai, tapi koner kat anak2 lelaki yang tak hensem n serabai sedehhhhh.....
Quote SherryZass 15-6-2022 06:06 PM
"Tak mungkin meniru sebab saya sudah ada stok produk ini sejak Jun lagi dan baru sekarang ini dilancarkan disebabkan kekangan masa sebelum ini.

Dah kenapa reramai nak jual inai pula ni? Apa sekarang ni bukan bulan Jun lagi ke?
Quote Acikgomen 15-6-2022 06:14 PM
TomyamPuteh replied at 15-6-2022 05:02 PM
Awat ramai yg nyampah dgn dia ni? Aku kalau tau Cik Ta yg berlakon apa2, sanggup aku buat nota lekat ...

Tak la cemuih sampai nak katup TV kalo muka dia keluaq, acik cuma meluat dgn peel RSO heshe jahhhhh
Quote OyaTonggek 15-6-2022 06:15 PM
bukan dah x boleh ke
Quote selipar_hijau 15-6-2022 06:16 PM
Aku baca chef wan ????????????
Quote Joysparta 15-6-2022 06:34 PM
Sayang barang baik..dpt seketul tu je...
Quote None68 15-6-2022 08:09 PM
Anak2 dia mcm x sambung belajar je?
Quote tokchik 15-6-2022 09:25 PM
Tiap tahun bersanding...
Ni nk letak dlm kategori apa ya
Quote mendeluk 15-6-2022 09:29 PM
None68 replied at 15-6-2022 08:09 PM
Anak2 dia mcm x sambung belajar je?

Anak dia sambung lah. Dua dua sambung belajar.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054510 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top