CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Payudara Disangka Benjolan, 10 Bulan Kahwin Baru Tahu Suami Sebenarnya Seorang Wanita

15-6-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1747| Komen: 9

Jakarta: Seorang isteri di Jambi, tidak menyangka dia sebenarnya berkahwin dengan seorang wanita selepas 10 bulan mereka berumah tangga.

Detiknews melaporkan, selama perkahwinan mereka, wanita itu tidak pernah menyangka 'suaminya' itu, seorang wanita.

Mendedahkan perkara itu di mahkamah, wanita itu tidak pernah mengesyaki 'suaminya' itu adalah seorang perempuan.


Gambar Hiasan

"Awalnya, dia mengaku bekerja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara," katanya.

Wanita itu berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung kes 'suaminya' yang didakwa kerana pemalsuan berhubung kelayakan sebagai guru.

Menurut wanita berkenaan, dia berkenalan dengan 'suaminya' yang menggunakan nama Ahnaf Arrafif menerusi satu aplikasi janji temu.

"Ketika itu, dia berpenampilan seperti lelaki dan tinggal di wilayah Lahat, Sumatera Selatan," katanya.

Katanya, perkenalan dengan individu yang nama asalnya itu adalah Erayani, terlampau singkat, iaitu hanya dua minggu.

Erayani kemudian sempat tinggal selama seminggu di rumah bakal isterinya itu di Jambi.

Selama tinggal di rumah wanita itu, Erayani, dikatakan bersikap baik dan mengaku bekerja sebagai doktor serta membantu merawat orang tua wanita terbabit yang ketika itu sedang sakit.

'Lelaki' itu kemudian mengajaknya berkahwin dan perkahwinan mendapat restu daripada orang tua wanita terbabit dan keluarga angkat 'suami'.

Mereka dinikahkan dengan wali hakim berikutan ayah wanita itu dalam keadaan sakit.

Pada masa sama, ibu wanita itu juga sakit.

Selama beberapa bulan berkahwin, wanita itu juga sering bertanya asal usul 'suaminya' itu, namun 'lelaki' itu tidak pernah terjawab.

Wanita juga mengaku tidak pernah bertemu keluarga kandung 'suaminya' dan hanya dibawa ke Lahat, pada Disember 2021, bagi menemui ibu bapa angkat kepada 'suaminya' itu. .

Selepas empat bulan berkahwin, ibu kepada wanita berkenaan mulai curiga dengan menantunya yang tidak pernah membuka baju di depan orang.

Selama berkahwin, wanita terbabit juga mengakui belum pernah melihat alat kelamin suaminya.

Lelaki juga pernah mengaku kepada isterinya bahawa dia memiliki hormon berlainan sehingga terjadi benjolan di bahagian dada yang sebenarnya adalah payudara.

Bagaimanapun, rahsia Eriyani terbongkar selepas ibu kepada wanita berkenaan memaksa 'lelaki itu' membuktikan jantinanya.

Susulan kejadian, ibu wanita berkenaan membuat laporan kepada pihak berkuasa. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 15-6-2022 03:21 PM
xde mlm pertama???
Quote Artemesiaa 15-6-2022 03:24 PM
Bukan kes pertama disana pernah ada kes serupa dilapurkan sebelum ni
Quote asamfish 15-6-2022 03:27 PM
aik??? cemana dorang bersenggama eh?  pakai vibrator kah?  atau cuma mengecat dinding?
Quote Nnoor2 15-6-2022 03:32 PM
Hahaha....
Quote chocobozhere 15-6-2022 03:54 PM
Rugi lah kawen berbulan bulan tp x penah ngeseks..... Takan dia xpelik...
Quote vokay 15-6-2022 03:59 PM
Zaman ini pun ada orang boleh tertipu dgn perkara mcm ni
Quote sharlenetexas 15-6-2022 04:03 PM
Tak pernah test drive ke?


Quote sharlenetexas 15-6-2022 04:03 PM
Adakah body "suaminya" seperti arzmy?


Quote ilacantik 15-6-2022 04:05 PM
Ingat lagi masa meols sekolah menengah dulu, ada kes serupa terjadi kat tanah air, kecoh jugaklah negara masa tu. Siap meols jadi pelanggan setia harian metro nak ikuti kisah tersebut. Akak tu agaknya pun dah 50an umurnya. Sempat kawin dan senggama juga. Lepas tu sibuklah keluar pendapat tentang dara si isteri tersebut, adakah masih dara atau tidak lagi.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.094887 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top