Video main tepuk-tepuk punggung bersama Kak KM, DS Vida yang tular sebelum ini hanya gurauan sahaja kata Ifa Raziah.
Kata Ifa itu adalah perkara biasa yang mereka lakukan setiap kali berjumpa. "Kami tidak buat perkara yang melampau. Bukannya saya berbogel atau selak kain sehingga nampak bahagian yang tidak sepatutnya. "Video tersebut hanyalah sekadar gurauan antara kami apabila berjumpa. Itu cara kami gembirakan diri sendiri," katanya kepada mStar.
Tambah Ifa walaupun video tersebut dikecam sebagai sesuatu yang memalukan dan tak bermaruah sampai mendapat teguran PU Amin, namun apa yang dilakukan dah dapat persetujuan bersama. "Aksi itu juga dirakam atas persetujuan bersama.Setiap orang yang menonton video tersebut ada pandangan mereka sendiri. Saya tidak boleh halang apa yang mereka mahu katakan."
Malah Ifa kata video tersebut biasa sahaja dan bukannya menjatuhkan maruah wanita. "Rasanya ada juga wanita lain yang buat aksi sama seperti mana kami lakukan. Apa salahnya video tersebut?
“Bukannya suami awak yang tepuk punggung saya. Perbuatan itu dilakukan sesama wanita. "Terima kasih kerana viralkan video tersebut. Saya tidak membaca sebarang komen kecaman di media sosial kerana malas nak layan." -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|