Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat bersikap terbuka terhadap satu kain rentang yang jelas ditujukan kepadanya pada aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 membabitkan Harimau Malaya dengan Bangladesh, di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kain rentang yang tertera perkataan 'Peja jgn sap gam!!!' (Peja jangan hisap gam) itu dilihat dipasang oleh segelintir penyokong Harimau Malaya sekali gus mencuri tumpuan peminat lain yang memenuhi stadium semalam. Ia dipercayai berkaitan dengan kenyataannya ketika membela penjaga gol, Farizal Marlias susulan kesilapan dilakukannya hingga menyebabkan skuad kebangsaan tewas 1-2 kepada Bahrain dalam aksi kedua, Sabtu lalu.
Katanya, faktor luaran termasuk membabitkan lebih 63,000 penonton di stadium ketika perlawanan itu berlangsung juga harus diambil kira atas kekalahan itu apabila sorakan mereka secara tiba-tiba dilihat menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan. Beliau kemudian mengemukakan permohonan maaf serta mendakwa kenyataannya mengenai sokongan penyokong menjadi antara faktor kekalahan sebagai disalahertikan. Menerusi ciapan di Twitter bersama gambar kain rentang berkenaan, Ahmad Faizal berkata ia dilihat bertujuan baik untuk memberi peringatan kepadanya. "Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua!! Terima kasih!! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita," katanya. Pada aksi malam tadi, skuad negara bimbingan Kim Pan-gon menamatkan penantian selama 43 tahun apabila mengesahkan slot ke Piala Asia tahun depan selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh, malam tadi. Malaysia meraih salah satu slot naib juara terbaik sekali gus bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan mahupun Australia pada pertengahan tahun depan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Kitty_catz replied at 15-6-2022 03:47 PM
naseb kata peja sap gam
kut kata peja sap kok...haaaaa
Kitty_catz replied at 15-6-2022 01:47 PM
naseb kata peja sap gam
kut kata peja sap kok...haaaaa
Artemesiaa replied at 15-6-2022 02:04 PM
Eloklah terima kritikan dengan hati terbuka kalau asyik nak sentap mana nak selesai masaalah
iraizz replied at 15-6-2022 03:35 PM
Haha, sap kok tu isap rokok ke? Kalau rokok idakla peja buat ulasan bodo, deme kata sap gam sebab ...
Normabaru replied at 15-6-2022 02:30 PM
Peja sap kok sap pek sap sap soiiii
Kitty_catz replied at 15-6-2022 06:13 PM
ehhh harus la bukan
kok = cock le chuolsssss
lurve82 replied at 15-6-2022 09:10 PM
Betul ke dia dgn kak ratu tu? Selera pulak kak ratu tu. Adoi xblh blah ahlul politik ni semua.
ADVERTISEMENT