Video dimuat naik oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Leila Nazgul Seiitbek.
Menerusi video itu, jelas kelihatan keganasan terhadap golongan wanita apabila seorang pengantin lelaki telah menampar wajah pengantin perempuan di khalayak ramai.
Loading Tweet...
Semuanya kerana pengantin lelaki itu tidak berpuas hati kerana isterinya telah memenangi 'game' di antara mereka berdua. Hal ini menyebabkan dia terus bertindak memukul kepala isterinya dengan kuat sekali. Lelaki itu juga kelihatan tidak menyesal dengan perbuatannya itu.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan apabila orang ramai di majlis itu hanya tergelak dan tidak membuat apa-apa untuk menyelamatkan keadaan. Selepas ditampar, pengantin perempuan itu juga dilihat memegang muka dan kepalanya sebelum turun dari pentas sambil diiringi dua wanita.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah mereka kerana perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. -CARI
Kalau aku tak tunggu lama nak hidup ngan jantan pendera centu. Kalah men game bodoh pun dapat sedas bayangkan sok kalau lambat hidang makan ke, tak leh kangkang sebab period ke mau riuk minah ni.