CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Ramai Simpati Tengok Pak Gurad Tidurkan Anak Kecil Beralas Jaket Dalam Pondok Pengawal

15-6-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2717| Komen: 17

Petaling Jaya: "Saya tiada niat minta simpati namun ada yang ingin membantu, mungkin ini rezeki anak.

"Saya bersyukur kerana orang ramai mahu membantu, tak kan mahu menolak pula," kata Razlan Roslan, 28.



Foto: Harian Metro

Dia berkata demikian susulan rakaman video dia menidurkan anak perempuannya, Abby Nor Raziatul Adawiyah Ummaira, 3, beralaskan jaket keselamatannya di pondok pengawal sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, tular di TikTok baru-baru ini.

Perkongsian video itu meruntun emosi netizen dengan rata-ratanya kasihan dan tersentuh melihat cara Razlan melayan anak perempuannya.


Ia menyebabkan ramai netizen tampil ingin membantunya.



Berkongsi kisahnya kepada Harian Metro, Razlan berkata, dia berhijrah ke Kuala Lumpur dari kampung halamannya di Batu Sapi, Sandakan, Sabah kira-kira enam tahun lalu.

"Saya pernah bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Kapar, Klang namun terpaksa berhenti apabila isteri (Megawati Nasib Ong) terpaksa pulang ke Sabah kerana ada urusan. Kami hanya mampu berhubung melalui panggilan telefon atau video sahaja. Isteri kadang-kadang menangis kerana terpaksa berjauhan begini.

"Saya baru seminggu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sini disebabkan itu terpaksa membawa bersama Ummaira kerana anak masih tidak biasa dengan orang. Saya tiada pilihan.

"Bukan tidak mampu upah pengasuh atau minta ahli keluarga jagakan namun Ummaira mahu ikut sama ke tempat kerja. Jika ditinggalkan, dia menangis jadi saya bawa bersama. Alhamdulillah, pengurusan faham dan tidak menghalang," katanya.

Menurut Razlan, buat masa ini, tugasnya tidak terganggu walaupun perlu membawa bersama Ummaira ke tempat kerja.

"Ummaira pandai membawa diri namun saya tetap memantaunya selain beri makan dan minum

"Penduduk di sini pun melayan anak saya dengan baik kerana ada ketikanya mereka beri makanan kepada Ummaira," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Keselamatan pangsapuri itu, Ahmadsaifudinkamalruf Junoh, 46, mengakui dia yang memuat naik video berkenaan di TikTok.

Bagaimanapun, Ahmad Saifudinkamaruf sudah meminta izin daripada Razlan sebelum memuat naik video berkenaan.

"Saya tahu keadaan Razlan selepas ternampak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika bertugas di pejabat minggu lalu. Ia membuatkan saya sebak dan ikutkan etika tidak benarkan kakitangan membawa anak ke tempat kerja namun atas dasar kemanusiaan, saya benarkan walaupun tahu ia salah.

"Setakat ini, tiada aduan atau rungutan diterima daripada penduduk namun saya sedia bertanggungjawab kerana saya yang memuat naik video itu. Segelintir penduduk juga melayan Ummaira sejak kisah itu tular kerana dia kanak-kanak yang manja dan mesra," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 15-6-2022 01:22 PM
insafnya kalau tengok bideo2 begini yaaa. sebak
Quote Supersirap 15-6-2022 02:49 PM
Semoga saudara dikurniakan rezeki yang mencurah-curah dan dipermudahkan segala urusan
Quote Artemesiaa 15-6-2022 03:06 PM
Moga dimudahkan urusan dan isteri dapat bersama semula menjaga anak mereka.  
Quote Artemesiaa 15-6-2022 03:07 PM
Moga dimudahkan urusan dan isterinya dapat bersama semula menjaga anak mereka.  
Quote nanasno 16-6-2022 06:10 PM
nama anak nya panjang kemain. bila tengok nama ayah nya ok lah patut lah. kesian anak dia nak tulis nama skola nanti punya lah panjang. anyway kesian. semoga dipermudahkan urusan keluarga ni. alhamdulillah ayahnya jaga dengan baik. sebaya je ngn anak iols sedih plak tengok.
Quote kakikuDibibirmu 16-6-2022 11:33 PM
nanasno replied at 16-6-2022 06:10 PM
nama anak nya panjang kemain. bila tengok nama ayah nya ok lah patut lah. kesian anak dia nak tulis  ...

Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam




Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi – Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta




Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta Binti Mohd Sholihin



Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian



Nama kami Datuk Laksamana Megat Padang Jarak Padang Terkukur Putra Sangkuriang Prabu Sakti Ratna Galuh Chandra Kirana hakkkturrrrr keturunan Ayam Belanda

Ya Allah, panjang nya

[youtube]JgP1V5H7SRQ[/youtube]
Quote hashashes 16-6-2022 11:57 PM
Kasih nya ayah
Quote orkid_amani 17-6-2022 12:05 AM
Maaaaakkkkk aaaaiikkkkkkk nama ank tak boleh panjang lg ka
Ank aq yg nama 9 huruf pun bebel2 cakap lenguh tangan nak tulis nama dia ats kertas..mujuq la habis tadika 5y dah pandai eja nama sendiri
Quote lyshafull 17-6-2022 12:15 AM
Pnjangnye nama anak
Insyaallah dipermudahkan ebit kiew jgn sibuk2 nk tolong
Quote Orenn1 17-6-2022 12:23 AM
Kenapa wife balik sabah, parent sakit ke?
Quote zulfahmimaidin 17-6-2022 12:42 AM
sementara munteri dpt nikmati mee kari dlm aircond
Quote ally9970 17-6-2022 10:59 AM
Sapa yg amik video?
Quote aHoi83 17-6-2022 11:03 AM
Sedihnya. Moga Diberi kekuatan mengharungi cabaran hidup. Moga murah rezeki
Quote Minyakyuyi 17-6-2022 11:47 AM
ally9970 replied at 17-6-2022 10:59 AM
Sapa yg amik video?

boss dia katanya yg ambk..dia tgk melalui cctv...tp atas persetujuan tuan punya badan.
Quote rifaa 17-6-2022 11:59 AM
bertuah anak ni, ada ayah penyayang & bertanggungjawap
Quote Skuau 17-6-2022 12:14 PM
Edited by Skuau at 17-6-2022 12:16 PM
kakikuDibibirmu replied at 16-6-2022 11:33 PM
Nur Fathaniah Thariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam




nama kita pendek jer:
Labu bin Kundur
Labi bin Kura Kura
            

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.219338 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top