"So proud! Alhamdulillah, syukur,". Ringkas, namun cukup mendalam untuk menggambarkan perasaan bangga dirasakan pelakon dan usahawan, Syifa Melvin, 28, terhadap kejayaan diraih pasukan Harimau Malaya yang dikongsikan di Instagram Story.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin adalah kekasih pemain skuad kebangsaan, Safawi Rasid, 25, yang sekali gus menjadi penyokong utama pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu. Selain memberi sokongan padu, Syifa juga sentiasa mempertahankan Safawi dan memberi semangat kepada pemain itu apabila dikecam netizen akibat aksi hambarnya di padang dan Malaysia tewas.
Bagaimanapun, pada perlawanan penting skuad negara malam tadi menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, aksi Safawi tidak menghampakan kerana berjaya menyumbang satu gol menerusi penalti. Pada perlawanan itu, Malaysia menang besar 4-1 sekali gus menamatkan 'badi' 42 tahun untuk layak beraksi ke Piala Asia, tahun depan di bawah jurulatih, Kim Pan-gon.
|
nanasno replied at 15-6-2022 12:47 PM
sama betul rupa dia ni dengan kakak dia. tapi dia retis ke?
ADVERTISEMENT