CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Bergetar Tengok Penjaga Gol Harimau Malaya, Kacak Macam Artis

15-6-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4503| Komen: 34

Aksi penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi ketika menentang Bangladesh malam tadi terus mencuri perhatian orang ramai apabila rata-rata daripada mereka menyifatkan lelaki berusia 26 tahun itu sebagai mempunyai aura seorang bintang berikutan memiliki wajah kacak.


Pada masa sama, anak kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter itu turut dipuji orang ramai berikutan konsep persembahan terbaik ditampilkannya malam tadi sekali gus membolehkan negara melayakkan diri ke Piala Asia 2023.


Foto: IG

“Siaplah, mesti kena buru dengan gadis-gadis, dengan emak orang sekali tengok dia ini,” kata Ghaa.

“Betul dah aku cakap semalam, ‘keeper’ ini mesti viral sebab kacak, sekali betullah, dia terus viral,” ujar Naz7921.


“Macam pelakon Thailand pun ada, memang kacak, moga terus murah rezeki,” doa Mimah Naa.



Sementara itu, menyingkap mengenai perjalanan karier Syihan Hazmi, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Beliau seterusnya melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.




Berdasarkan maklumat di Instagram, Syihan juga dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengasas produk kosmetik selain turut dikurniakan dua orang cahaya mata. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 15-6-2022 11:23 AM
berita sal bola bodoh jela arini nampaknya
Quote che-cikL 15-6-2022 11:26 AM
Dulu, campak batu mesti terkena Datuk.
Sekarang, baling batu mesti terkena pengasas produk kosmetik. Gitu ke?
Quote harkktuih 15-6-2022 11:26 AM
nasib da kawen..kalau tak compem ada retis2 sendu menghimpit..
Quote sekngucing 15-6-2022 11:27 AM
perangai gedebe masih ada
masa pemain bangla tolak pemain malaysia tu..dia tak pasal2 naik nak cari gaduh juga
Quote ifanonline 15-6-2022 11:28 AM
mungkin lebih handsome dr marlias
Quote sharlenetexas 15-6-2022 11:30 AM
Mcm ni ko kata kacak?


Quote chandrahusin 15-6-2022 11:30 AM
mcm tu pun kacak?
tinggi mmg tinggi
anak2 & wifey pun lawa comel2
Quote rospinki 15-6-2022 11:31 AM
che-cikL replied at 15-6-2022 11:26 AM
Dulu, campak batu mesti terkena Datuk.
Sekarang, baling batu mesti terkena pengasas produk kosmetik. ...


orang pompuan jgak yg rajin membeli produk timbang kilo
Quote sharlenetexas 15-6-2022 11:31 AM
che-cikL replied at 15-6-2022 11:26 AM
Dulu, campak batu mesti terkena Datuk.
Sekarang, baling batu mesti terkena pengasas produk kosmetik. ...

Wife apek tu jual timbang kilo gak ke?


Quote DayangKirana 15-6-2022 11:32 AM
hensem?
low betul benchmark chouls nih...
Quote mamajawie 15-6-2022 11:36 AM
dah cacat ke cikki2 seantero malaysia ni asyik2 ovari bergetar je?cer cek doktor kot la ade masalah saraf ke tak pun barah kekdahnya..ehehehehheheheheh
Quote dekmieDandy 15-6-2022 11:39 AM
memang comey, tinggi pulak tu. batch keeper baru ni semua tinggi-tinggi, atas 1.8 semua

badan pun sedap, boleh tengok kat IG banyak gambar belanja

muka takyah cakap lar

tapi ramai peminat bola dok kecam jugak, sebab dia skill kureng
Quote tripleid 15-6-2022 11:50 AM
masa menang ni bergetar belendir ovari lah bagai..dah kalah sok,stakat muka sendu camni ummah whoryuskan je ko dekk
Quote ibu_haritz 15-6-2022 11:53 AM
sekngucing replied at 15-6-2022 11:27 AM
perangai gedebe masih ada
masa pemain bangla tolak pemain malaysia tu..dia tak pasal2 naik nak cari  ...

kannn..aku perasan gak..kemain jauh dtg semata nk tolak jgk player Bangladesh
Quote Mary_jane 15-6-2022 11:56 AM
Awat bini nya tak habis2 kun fa ya kun?
Quote zidane_ziege 15-6-2022 11:58 AM
punca kenapa bola sepak malaysia tak maju2..
Quote _kelly 15-6-2022 11:58 AM
kacak
Quote alieyrina 15-6-2022 12:05 PM
Mata sekoq2 kero
Quote manehnya 15-6-2022 12:08 PM
woi yg ni gila ensem.. lg ensem dr meerqeen yg tgh hot kt tv now

aku ingat ifwat yg turun semalam.. rupanya encemboi... tahan ja mulut ni semlam sbb tgk dgn laki hihihi

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036883 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top